Friday, 5 December 2014

TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP MEREKA YANG MELALUI 'PINTU BELAKANG

Pendatang haram yang mendapat kewarganegaraan melalui 'pintu belakang' akan berdepan tindakan pembatalan dokumen dan juga akan didakwa, kata Tan Sri Abdul Gani Patail.

Peguam Negara berkata mereka yang menggunakan dokumen sokongan palsu untuk mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan Malaysia melalui sindiket yang mempunyai hubungan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan berdepan dengan tindakan undang-undang.


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 5 Disember 2014

PEGAWAI-PEGAWAI YANG RASUAH LATAR BELAKANG PROJEK IC SABAH


Sindiket dan mereka yang menerima bantuan dari pegawai yang rasuah dikenalpasti melakukankan 'Projek IC' di Sabah bagi memenuhi agenda politik dan wang, menurut Laporan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), yang bagaimanapun tidak menyebut mengenai siapa yang bersalah mengubah keseimbangan demografi dan agama di negeri itu.
Laporan RCI mengenai pendatang tanpa izin di Sabah setebal 368 muka surat itu didedahkan kepada umum di Kota Kinabalu semalam.
Suruhanjaya Siasatan ini yang ditubuhkan dua tahun yang lalu, selepas dihabiskan siasatanya ia dikemukakan kepada DYMM Yang diPertuan Agong dan selepas beberapa bulan kemudian laporan itu disediakan.



Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural pada 4 Disember 2014

Wednesday, 20 November 2013

ISU 2000 EKAR TANAH - JANGAN SEMBUNYI KEBENARAN

Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar berkata, beliau berharap Menteri Besar Perak akan mematuhi dasar telus dalam hal pengurusan 2000 ekar tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu pelajar miskin India dan pembangunan sekolah-sekolah Tamil. Sudah empat tahun tanah itu diperuntukkan dan Menteri Besar berkata tanah tersebut akan diserahkan pada Yayasan Pembangunan Pendidikan India Perak.  Sivakumar ingin mengetahui siapakah pengerusi yayasan itu? Siapakah ahli-ahli jawatankuasa yayasan? Adakah ahli-ahli politik menganggotai yayasan itu?



Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 16 Ogos 2013

Sunday, 17 November 2013

PERBUATAN JENAYAH TIDAK AKAN DIKURANGKAN OLEH UNDANG-UNDANG

Kenyataan Menteri Dalam Negeri yang berkata, ekoran memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat maka perbuatan jenayah semakin hari semakin naik, adalah satu kenyataan tidak masuk akal.  Negara-negara jiran yang tidak mengamalkan undang-undang bebas dari perbuatan jenayah tetapi kejadian jenayah telah sampai ke tahap bahaya, kata ADUN Sungkai, Sivanesan.  Beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri dan pihak supaya tidak memberi alasan atau sebab sebaliknya melibat dalam tindakan untuk menumpaskan perbuatan jenayah di negara.


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 14 Ogos

KELEMAHAN DALAM KESELAMATAN SEMPADAN

Harian ini kesal tentang keadaan keselamatan yang agak lemah di sempadan Malaysia-Thai.  Hanya 7 daripada 27 kamera rahsia, CCTV yang dipasang untuk memantau kegiatan jenayah di sempadan itu, berfungsi manakala 20 tidak berfungsi dan tidak dibaiki.  Maklumat ini didedahkan ekoran kejadian Lans Koporal, Azamudin Azizan, 26, ditembak oleh orang-orang yang tidak dikenali pada Sabtu, lalu semasa meronda di kawasan sempadan.  Adalah disyaki perbuatan tembak ini dilakukan oleh orang-orang yang melibat dalam penyeludupan haram.    Sehubungan kejadian itu pasukan pengawal sempadan dan pasukan tentera sedang mengadakan siasatan rapi, kata Ketua Tentera, Datuk Raja Mohd Affendi Raja Mohd Noor.  Dan juga dilaporkan  20 CCTV yang tidak berfungsi itu dimusnahkan oleh kumpulan penyeludup.   Harian ini mempersoalkan mengapa pihak-pihak yang mengetahui tentang perkara itu( keadaan 20 CCTV) tidak membaikinya dengan segera atau menggantikannya dengan segera?
Sehingga ini adalah didapati walaupun kegiatan penyeludup di sempadan tidaklah besar tetapi telah meluas sehingga mengeluarkan tembakan dan ini adalah merisaukan.    Penyeludupan senjata, penyeludupan dadah dan penyeludupan manusia akan mengancamkan keselamatan dan keharmonian negara.    Pasukan tentera dan pihak polis perlu menumpu lebih perhatian dalam hal keselamatan sempadan.   Harian ini  menyatakan setiap individu yang bertugas di sempadan harus berhati-hati dalam tugas masing-masing.  Jika tidak, sebarang usaha dan tindakan yang diambil oleh kerajaan tidak akan bawa sebarang hasil


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 14 Ogos

KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK - BILA AKAN AKHIR?

Badan-badan sosial dan pemimpin-pemimpin politik di daerah Sungai Buloh melahirkan kesedihan mereka terhadap kejadian-kejadian tembak menembak yang semakin hari semakin meningkat.  Mereka mahu polis memberi jaminan kejadian ini tidak akan berulang.  Kerajaan dan pihak polis harus bertindak dengan kebijaksana untuk menangani kes-kes tembak menembak serta perbuatan jenayah yang sedang meningkat di negara dan rakyat perlu memberi kerjasama, kata mereka.


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 13 Ogos 2013

MAHU BAWA MASALAH PENUKARAN AGAMA KE HINGGA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU?

Harian ini menarik perhatian pada kenyataan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang berkata badan itu akan meraih sokongan untuk melakukan pindaan perlembagaan di lima negeri berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak. Lima negeri berkenaan yang melibatkan Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak membenarkan hanya seorang dari ibu atau bapa untuk memutuskan mengenai penukaran agama seorang anak bawah umur.  Presiden MCCBCHST Jagir Singh  memetik keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan bahawa langkah untuk tidak membenarkan kedua-dua ibu bapa membuat kpeutusan dalam isu penukaran agama itu bertentangan dengan prinsip keadilan.  Jagir yang juga seorang peguam berkata, jika satu penyelesaian tidak peroleh untuk masalah ini maka mereka akan berjuang membawa perkara itu pada perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  Harian ini  berpendapat demi mengelakkan masalah itu dibawa sampai ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu maka adalah elok bagi keima-lima kerajaan negeri menimbang dan berusaha mencari satu penyelesaian.  Dengan ini Malaysia dapat mengekalkan imej baik dan populariti di peringkat dunia.


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 13 Ogos 2013