Kekecohan timbul selepas Perdana Menteri mengumumkan di Perhimpunan Perwakilan MIC yang ke-66 baru-baru ini bahawa hanya 9,000 orang India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menafikan dengan tegasnya tuntutan pembangkang yang menyatakan 300,000 orang India adalah tiada negara. Tetapi, sejak program MyDaftar bermula, pembangkang sedang menegaskan 300,000 orang India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Kini, tanda tanya timbul di kalangan ramai mana yang benar? Apakah bilangan sebenarnya orang yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri? 9,000 atau 300,000. Harian ini mempersoalkan mengapa pembangkang tidak tampil menunjuk bukti bahawa 300, 000 orang tiada negara seperti dicabar oleh pihak kerajaan?
Itu bukan satu perkara yang mudah untuk dibuktikan dengan butir-butir statistik. Harian ini menyeru pada semua orang yang tiada negara yang tersembunyi di negara supaya tampil dan mendaftar diri mereka di pejabat-pejabat pendaftaran(JPN) di seluruh negara. Harian ini juga menggesa pihak-pihak yang menyebutkan 300,000 tiada negara untuk mengenal pasti dan memastikan bilangan itu dan membantu mereka.
COMMENT- This news is reported in the editor's column of the Tamil daily, Malaysia Nanban dated 12/12
No comments:
Post a Comment