Harian ini bagi pihak masyarakat India tidak puas hati
pada manifesto Pakatan Rakyat PRU-13. Ini kerana tiada rancangan khas disebutkan
dalamnya untuk pembangunan masyarakat India.
Apabila perkara berkaitan manfaat kaum India dibangkitkan pada ketua
Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar, beliau memberi jawapan bahawa semuanya
termasuk dalam ‘Buku Jingga’ . Tetapi
Buku Jingga juga tidak menyebutkan rancangan khas untuk masyarakat India, kata
Setiausaha Hindraf, Ramesh. Apabila
Hindraf mengemukakan pelan tindakan Hindraf lima tahun, Pakatan Rakyat tidak
menyebut sepatah perkataan pun berkaitan isu itu tetapi ia(PR) mahu undi orang
India.
Harian ini berpendapat adalah lebih baik mengekalkan
kerajaan yang sedia ada yang kini sedang menyedari kesilapannya kerana gagal
mengambil berat terhadap masyarakat India sejak 56 tahun. Harian ini juga menyebutkan usaha Perdana
Menteri , Datuk Seri Najib yang mengambil keprihatinan pada masyarakat India
dan menawarkan beberapa rancangan khas demi pembangunan mereka.(PG 2)
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 27 Februari
No comments:
Post a Comment