Seksyen 107(b Rang undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 berkaitan penukaran agama kanak-kanak yang dibentangkan dalam Parlimen menjadi kontroversi hangat. Presiden MIC, Dato Seri Palanivel menggesa untuk menimbang semula Rang undang-undang. Beliau berkata Rang undang-undang boleh menjejaskan kanak-kanak. Bahagian Pemuda Gerakan Kedah memberi amaran jika Rang undang-undang ini diluluskan ia akan membantah dan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Harian ini membawa pada perhatian kerajaan bahawa beberapa pertubuhan Hindu termasuk Malaysia Hindu Sangam, Majlis Malaysia Saiva Samayam, Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam Kuala Lumpur akan berhimpun pada 21 bulan ini di perkarangan kuil Batu Caves untuk menimbul kesedaran menunjuk bantahan seperingkat negara terhadap penukaran agama kanak-kanak. Harian ini mahu kerajaan untuk menyedari bahawa yang menjadi kontroversi besar ialah memberikan hak menukar agama kanak-kanak kepada salah seorang ibu bapa yang telah memeluk Islam. Dan kerajaan harus mengambil perhatian bahawa Majlis Peguam Negara telah mengumumkan bahawa memberikan hak menukar agama anak-anak kepada salah seorang ibu bapa adalah salah di bawah Perlembagaan.
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban yang disiarkan pada 3 Julai.
No comments:
Post a Comment