Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran mahu Presiden MIC, Datuk Seri Palanivel untuk memastikan 2,000 ekar tanah yang diagihkan oleh kerajaan negeri Perak demi pembangunan sekolah-sekolah Tamil harus diperoleh oleh badan-badan berkaitan sekolah Tamil. Beliau mendapati bahawa baru-baru ini cukai tanah sebanyak RM60,938 dibayar untuk tanah itu? Siapa yang membayar cukai itu? Individu atau Yayasan Pembangunan Pendidikan India Perak?, tanya Kulasegaran. Jika yayasan tersebut, jadi siapa yang menganggotai yayasan? Kulasegaran berkata individu-individu tidak harus dibenarkan untuk merampas tanah itu. Pada masa yang sama MIC juga tidak harus diberikan tanah tersebut.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 8 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment