Tuesday, 14 May 2013
HENTI MEMUJI PERDANA MENTERI
Pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat menasihatkan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Utama Samy Vellu untuk menghentikan kenyataan akhbarnya yang menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah peroleh kemenangan dalam hal membasmikan kemiskinan dalam kalangan masyarakat India. Dan oleh sebab itu masyarakat India harus menyokong Datuk Seri Najib.
Sebaliknya, kita tahu sejauh mana kaum India menghadapi penghinaan di sini, kata Kula. Apakah tindakan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah gejala sosial seperti penagih dadah, peminum arak dan pejenayah yang berleluasan dalam kalangan masyarakat India?
Berita ini dikeluarkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 12 April 2013
Monday, 8 April 2013
HASIL DAN INSENTIF YANG DIPEROLEH SEKARANG ADALAH KEKAL
Harian ini bagi pihak masyarakat India tidak puas hati
pada manifesto Pakatan Rakyat PRU-13. Ini kerana tiada rancangan khas disebutkan
dalamnya untuk pembangunan masyarakat India.
Apabila perkara berkaitan manfaat kaum India dibangkitkan pada ketua
Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar, beliau memberi jawapan bahawa semuanya
termasuk dalam ‘Buku Jingga’ . Tetapi
Buku Jingga juga tidak menyebutkan rancangan khas untuk masyarakat India, kata
Setiausaha Hindraf, Ramesh. Apabila
Hindraf mengemukakan pelan tindakan Hindraf lima tahun, Pakatan Rakyat tidak
menyebut sepatah perkataan pun berkaitan isu itu tetapi ia(PR) mahu undi orang
India.
Harian ini berpendapat adalah lebih baik mengekalkan
kerajaan yang sedia ada yang kini sedang menyedari kesilapannya kerana gagal
mengambil berat terhadap masyarakat India sejak 56 tahun. Harian ini juga menyebutkan usaha Perdana
Menteri , Datuk Seri Najib yang mengambil keprihatinan pada masyarakat India
dan menawarkan beberapa rancangan khas demi pembangunan mereka.(PG 2)
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 27 Februari
MANIFESTO PILIHAN RAYA BN BERI KEYAKINAN KEPADA KAUM INDIA
Manifesto pilihan raya Barisan Nasional yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Sabtu lalu memberi harapan kepada masyarakat India. Harian ini mengibaratkan manifesto pilihan raya BN sebagai janji-janji ‘nambeikai’ atau pun janji keyakinan. Ini kerana Manifesto pilihan raya BN mempunyai keistimewaan untuk masyarakat India. Keyakinan pertama ialah Perdana Menteri berjanji untuk meningkatkan ekuiti India ke 3% menjelang 2020 dan untuk ini saham-saham yang berjumlah RM500 bilion akan diagihkan. Keyakinan kedua ialah menukarkan semua sekolah-sekolah Tamil ke sekolah bantuan penuh kerajaan.
Pada masa yang sama harian ini membangkitkan soalan sama ada cara-cara khas disediakan untuk membolehkan masyarakat India membeli saham yang diagihkan kepada mereka? Adakah persediaan dibuat bagi orang-orang India untuk peroleh pinjaman bank, bantuan wang KWSP untuk membolehkan mereka membeli saham ini? Ataupun adakah kerajaan akan menyediakan bantuan lain untuk membolehkan mereka membeli saham? Harian ini berharap kerajaan Barisan Nasional akan menyedari serta mengambi kira semua perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya untuk membolehkan kaum India mempunyai keyakinan penuh terhadap janji-janji Barisan Nasional
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 9 April 2013
JAZAH ‘KOSONG’ DARI CSMU? IJAZAH UNIVERSITI LAIN BERTARAF?
I
Harian ini kesal terhadap pengumuman terkejut Menteri Kesihatan Liow
Tiong Lai yang mengumumkan kerajaan akan tarik balik program ijazah perubatan daripada
Crimea State Medical University (CSMU), Ukraine, berkuat kuasa serta merta. Ini kerana, meskipun kerajaan pernah
mengumumkan pada 2005 bahawa ijazah perubatan CSMU akan di tarikh balik namun
berjanji tidak akan menjejaskan 1,119 pelajar Malaysia kebanyakan pelajar India
yang sedang belajar masa itu. Harian ini tidak setuju dengan sebab yang diberi oleh Majlis Perubatan Malaysia(MMC) ialah selepas mengkaji program ijazah universiti tersebut ia tidak puas hati dengan program pelajaran perubatan CSMU. Harian mempertikaikan mengapa pula hanya universiti tersebut saja dalam senarai kerajaan yang terdiri dari 375 universiti perubatan dari 34 negara tidak diiktiraf sedangkan CSMU merupakan satu universiti perubatan yang terkenal di Ukraine. Bolehkah kerajaan dan MMC menjamin semua pelajar perubatan dari 375 universiti lain dari luar negara dan 20 universiti tempatan peroleh pelajaran terbaik? Dan adakah pelajar CSMU peroleh pelajaran ‘kosong’? Harian ini berpendapat keputusan yang diambil oleh kerajaan adalah untuk sasarkan pelajar India CSMU.
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 1 April.
DEMOKRASI HARUS DIPERLINDUNGI
Berikutan Parlimen dibubarkan semalam maka mengikut
Perlembagaan Negara, kerajaan sementara harus memerintah negara sehingga
pilihan raya umum, kata Naib Presiden DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat,
Kulasegaran. Tetapi, Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri termasuk mana-mana menteri tidak mempunyai kuasa
secara sendiri untuk membuat keputusan berasas dasar, memberi tanah,
mengagihkan peruntukan dan hadiah. Termasuk
juga Jabatan Penerangan tidak boleh peroleh
insentif-insentif kerajaan untuk
melibat dalam kempen kerajaan. Beliau
menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan kempen pilihan raya dan
pilihan raya umum dijalankan dengan lancar.(PG 9)
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 4 April.
MANA LAPORAN PRESTASI MIC?
MCA telah
bentang laporan prestasi 1,000 hari bagi
membuktikan khidmat dan sumbangan MCA dalam bidang-bidang ekonomi, pendidikan , budaya dan politik untuk rakyat
dan masyarakat Cina. Harian ini
berpendapat MCA mengeluarkan laporan prestasi dengan tujuan sasarkan DAP untuk
menunjukkan bahawa DAP tidak membuat apa pun untuk masyarakat Cina atau pun
untuk menunjuk MCA memberi lebih sumbangan berbanding DAP. Harian ini berpendapat haruslah baik jika
MIC juga membentang laporan prestasinya dalam tempoh lima tahunnya untuk
menunjukkan sumbangan mereka terhadap masyarakat India. Ini akan membukitkan mereka(MIC) telah
menyumbang lebih daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat – DAP, PKR dan
PAS. (PG 2)
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 4 April
Tuesday, 19 March 2013
12 SUBJEK DALAM SPM – BERI JAMINAN
Pengerusi National Indian Action
Team(NIAT), Datuk Haji Tasleem berkata sejak beberapa hari yang lalu, isu
hangat yang sekali timbul di kalangan masyarakat India ialah keraguan sama ada subjek-subjek
bahasa Tamil dan sastera Tamil akan
dimasukkan dalam SPM. Ekoran ombak
bantahan yang tercetus di seluruh negara maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib
mengumumkan pada majlis bersama rakyat di Meru, Klang pada 17 Mach bahawa
bahasa Tamil dan sastera Tamil akan
dimasukkan dalam SPM.
Datuk Haji Tasleem menyambut baik
pengumuman itu tetapi pada masa yang sama beliau berharap ia tidak setakat
pengumuman pilihan raya saja. Beliau
berkata pemimpin-pemimpin suka membuat pelbagai pengumuman semasa bersama
rakyat tetapi tidak mengambil tindakan selanjutnya. Tasleem berkata, berikutan pengumuman
tersebut, apabila dihubungi pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Pelajaran,
mereka berkata pihak mereka tidak menerima sebarang kenyataan dan mereka tidak
tahu tentang perkara itu. (PG 1)
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 20 Mach.
Subscribe to:
Posts (Atom)