DAP ingin mengetahui bagaiamana bilangan pistol bertambah di negara dengan tiba-tiba. DAP melemparkan soalan ekoran kes-kes tembak menembak meningkat sejak kebelakangan ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata meskipun hukuman berat dikenakan pada pihak-pihak yang menyimpan pistol secara haram tetapi hukuman berat itu tidak dapat menghalangkan kumpulan-kumpulan rahsia daripada menggunakan pistol. Beliau menggesa polis untuk menyiasat bagaimana pistol dibawa masuk ke negara dan menghapuskan 'akar umbinya'.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 12 Ogos 2013.
Sunday, 17 November 2013
PALANIVEL HARUS PASTIKAN BUTIR-BUTIR 2,000 EKAR TANAH
Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran mahu Presiden MIC, Datuk Seri Palanivel untuk memastikan 2,000 ekar tanah yang diagihkan oleh kerajaan negeri Perak demi pembangunan sekolah-sekolah Tamil harus diperoleh oleh badan-badan berkaitan sekolah Tamil. Beliau mendapati bahawa baru-baru ini cukai tanah sebanyak RM60,938 dibayar untuk tanah itu? Siapa yang membayar cukai itu? Individu atau Yayasan Pembangunan Pendidikan India Perak?, tanya Kulasegaran. Jika yayasan tersebut, jadi siapa yang menganggotai yayasan? Kulasegaran berkata individu-individu tidak harus dibenarkan untuk merampas tanah itu. Pada masa yang sama MIC juga tidak harus diberikan tanah tersebut.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 8 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 8 Ogos 2013
TEMPAT MINIMUM UNTUK PELAJAR-PELAJAR CINA DAN INDIA DI IPTA - LIM
Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar perbuatan universiti-universiti yang tidak tawarkan kepada 39 pelajar cemerlang yang mencatat CGPA 4.0, bidang kursus yang dipohon oleh mereka. Ini adalah penghinaan untuk maruah negara, kata beliau.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 7 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 7 Ogos 2013
Wednesday, 23 October 2013
JANGAN UGUT KAMI - SIASAT ISU SCORPENE
PENGARAH EKSEKUTIF SUARAM E NALIN mendakwa pegawai-pegawau yang harus menyiasat isu rasuah kapal selam Scorpene, sedang mengugut dan mengganggu SUARAM. Selain itu, kami menasihat polis untuk menghentikan mengugut kami sebaliknya menggunakan masa dan kebolehan mereka untuk menumpaskan perbuatan jenayah di negara.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 6 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 6 Ogos 2013
SANGGUPKAH KAMALANATHAN PERSOAL TAN SRI MUHYIDDIN
Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran mencabarkan Timbalan Menteri Pendidikan, Kamalanathan sama ada beliau sanggup menggesa Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin bertelus dalam hal pengambilan pelajar di IPTA serta dapat mendedahkan butir-butir sepenuhnya berkaitan perkara itu? Ini kerana ketiadaan satu ujian kemasukan awam dan kelayakan masuk yang berasas pada STPM dan Matrikulasi telah menjejaskan pelajar bukan Bumiputra, kata Kula. Beliau berkata, pada bulan beberapa permohonan pelajar dengan keputusan cemerlang untuk IPTA,telah ditolak.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 6 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 6 Ogos 2013
SISTEM KUOTA ATAU SISTEM MERITOKRASI?
Menteri Besar Johor, Tan Sri Mohd Khalid Nordin menggesau supaya menimbang dengan berhati-hati tentang cadangan permintaan masyarakat India untuk mengembalikan sistem kuota bagi pengambilan pelajar India di IPTA memandangkan mereka kecewa dengan sistem meritokrasi. Beliau menggesa untuk mengkaji permintaan ini dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan mana-mana pihak. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan ulang tahun majlis gabungan pertubuhan India Johor di Hotel Hope di Skudai, semalam.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 5 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 5 Ogos 2013
JAWATANKUASA PARLIMEN UNTUK PANTAU PENGAMBILAN PELAJAR IPTA
Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran menggesa untuk menubuhkan jawatankuasa parlimen untuk memastikan pengambilan pelajar di IPTA berjalan dengan licin. Jawatankuasa harus bebas dari perbezaan politik dan perlu diwakili oleh ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 5 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 5 Ogos 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)