Harian ini terkejut dan
membidas serangan keras polis terhadap wartawan dan juru gambar pada
perhimpunan Bersih 3.0. Ini adalah kali pertama pihak polis mengadakan serangan
terhadap polis. Ia memuji pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishamuddin untuk tubuh Jawatankuasa Siasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan wartawan
tentang tindakan keras terhadap mereka semasa menjalankan tugas pada hari
perhimpunan Bersih 3.0. Ini adalah satu
keputusan bijaksana dan berharap jawatankuasa akan bertindak secara bebas dan
terbuka. Harian ini mencadangkan supaya
jawatankuasa tersebut dianggotai oleh ahli-ahli yang dipercayai dan dihormati
rakyat dan berharap jawatankuasa bebas ini menjalankan siasatan dari semua
aspek secara kepakaran. Ia menggesa
kerajaan supaya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap polis jika
mereka salah.
KOMEN DARI LIDAH PENGARANG TAMIL NESAN BERTARIKH 4 MEI
No comments:
Post a Comment