Harian ini menyatakan
dakwaan terhadap pihak polis yang bertindak keras ke atas wartawan dan juru
gambar di perhimpunan Bersih 3.0 bukanlah satu perkara biasa tetapi ia dianggap
satu perkara serius di negara bebas ini.
Wartawan dan juru gambar bukannya demonstran tetapi mahu menjalankan
tugas dan tanggungjawab mereka. Seperti
polis membawa senjata masing-masing mereka(wartawan) membawa kamera dan alat
rekod sebagai ‘senjata’ mereka.
Harian ini
menyenaraikan beberapa nama wartawan dan juru gambar termasuk juga juru gambar
Makkal Osai yang membuat aduan polis berkaitan serangan polis dan tindakan
keras yang dikenakan terhadap mereka semasa mereka menjalankan tugas
mereka.
Harian berharap
Jawatankuasa Siasatan Bebas yang akan ditubuhkan oleh Kabinet untuk menyiasat
keganasan yang tercetus pada perhimpunan Bersih akan menyiasat semua tuduhan dari
pihak media massa tanpa diskriminasi dengan adil dan bebas. Harian ini turut berkongsi perasaan wira
media massa demi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka tanpa tekanan
minda dan sebarang serangan.
BERITA INI KOMEN DARI LIDAH PENGARANG MAKKAL OSAI BERTARIKH 4 MEI
BERITA INI KOMEN DARI LIDAH PENGARANG MAKKAL OSAI BERTARIKH 4 MEI
No comments:
Post a Comment