Tuesday, 26 February 2013

HASIL DAN INSENTIF YANG DIPEROLEH SEKARANG ADALAH KEKAL


Harian ini bagi pihak masyarakat India tidak puas hati pada manifesto Pakatan Rakyat PRU-13.   Ini kerana tiada rancangan khas disebutkan dalamnya untuk pembangunan masyarakat India.    Apabila perkara berkaitan manfaat kaum India dibangkitkan pada ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar, beliau memberi jawapan bahawa semuanya termasuk dalam ‘Buku Jingga’ .  Tetapi Buku Jingga juga tidak menyebutkan rancangan khas untuk masyarakat India, kata Setiausaha Hindraf, Ramesh.   Apabila Hindraf mengemukakan pelan tindakan Hindraf lima tahun, Pakatan Rakyat tidak menyebut sepatah perkataan pun tentang isu itu tetapi ia(PR) mahu undi orang India.

Harian ini berpendapat adalah lebih baik mengekalkan kerajaan yang sedia ada yang kini sedang menyedari kesilapannya kerana gagal mengambil berat terhadap masyarakat India sejak 56 tahun.    Harian ini juga menyebutkan usaha Perdana Menteri , Datuk Seri Najib yang mengambil keprihatinan pada masyarakat India dan menawarkan beberapa rancangan khas demi pembangunan mereka.


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikah 27 Februari

No comments:

Post a Comment