Harian ini menyatakan pada masa-masa yang lepas Barisan Nasional menang dengan begitu mudah saja. Ini disebabkan kerana keyakinan padat yang rakyat ada pada BN. Tetapi, pendekatan Mahathir yang mula diamalkannya semasa beliau bersara dari jawatan Perdana Menteri dan yang berterusan sehingga sekarang dan keluaran kenyataan kontroversi yang dikeluarkan olehnya dari masa ke semasa sedang melahirkan kemarahan di kalangan rakyat dan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap BN.
Baru-baru ini kenyataan beliau untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan melucutkan status kewarganegaraan pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga telah terima reaksi bantahan kuat dari beberapa pihak. Harian ini memperingatkan bahawa Datuk Ambiga tuntut untuk mengadakan sistem pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil. Beliau(Ambiga) tidak berjuang untuk diri sendiri(sebagai wanita India) bahkan untuk rakyat negara. Harian ini turut menyatakan bahawa sasterawan negara, Samad Said turut bersama Ambiga yang berjuang untuk tuntutan yang sama. Mengapa nama Samad Said tidak dilibatkan. Mengapa Ambiga pula? Hanya kerana Ambiga dari kaum India? Tidak ini menunjukkan dasar rasis yang diamalkan oleh Tun Mahathir?
Harian ini turut mengecam peruntukan status kewarganegaraan oleh Mahathir kepada pendatang haram di Sabah dalam projek IC. Tetapi, Mahathir telah menuding jari pada Datuk Seri Anwar dan cuba melarikan diri dari perkara itu. Bukan itu saja beliau mempertikaikan peruntukan kewarganegaraan kepada orang Cina dan orang India oleh Tuanku Abdul Rahman. Ini terus menunjukkan dasar rasis Tun Mahathir. Kenyataan kontroversi seperti ini bukan saja akan hilang kepercayaan orang India dan Cina tetapi juga orang-orang Melayu.
Adalah baik untuk Tun Mahathir untuk tutup mulut sehingga PRU-13 diadakan.
This news is the editorial column of Tamil daily, Malaysia Nanban dated 13th February
No comments:
Post a Comment