Harian ini menarik perhatian pada kenyataan Perdana Menteri yang menyeru semua pihak supaya jangan politikkan bidang pelajaran. Meskipun saranan ini dilemparkan untuk menyedarkan rakyat Kelantan yang diperintah oleh kerajaan PAS namun saranan adalah untuk sesuai untuk semua pihak.
Memandangkan Perdana Menteri menitikberatkan supaya jangan mempolitikkan bidang pelajaran maka harian mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan status perjanjian guru-guru sementara sekolah Tamil manakala guru-guru sementara sekolah Cina di perjanjian yang sama telah dimasukkan dalam kategori tetap. Tiada perbezaan di antara pendidikan Cina, pendidikan Tamil dan Melayu. Tidakkah harus guru-guru sekolah Tamil diterima sebagai guru tetap.
Sekiranya MIC membangkitkan isu ini ia akan didakwa MIC membawa isu perkauman dan jika pembangkang membangkitkan isu ini akan didakwa mereka mempolitikkan isu ini. Jadi bagaimana perkara ini boleh diatasi.
Harian ini berharap pegawai-pegawai pihak pelajaran akan mengambil perhatian pada kenyataan PM yang tidak mahu bidang pelajaran dipolitikkan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menetapkan guru-guru sementara sekolah Tamil.
Berita ini dipetik dari akhbar Malaysia Nanban bertarikh 22 Januari 2013
No comments:
Post a Comment