Monday, 7 January 2013
BILANGAN PELAJAR SEKOLAH TAMIL TURUN? SATU AMARAN UNTUK KEMUSNAHAN TAMIL?
Harian ini risau pada penurunan bilangan pelajar tahun 1 di 523 sekolah Tamil di seluruh negara untuk tahun 2013 berbanding tahun lalu. Pada tahun lalu seramai 18,100 pelajar tahun 1 telah mendaftar di sekolah-sekolah Tamil manakala pada tahun ini pula 13,679 pelajar tahun 1 yang mendaftar di sekolah Tamil. Ini menunjukkan sebanyak 4,000 pelajar telah kurang pada tahun ini. Jika keadaan diteruskan maka bilangan pelajar yang memasuki sekolah-sekolah Tamil akan berkurangan tahun demi tahun. Dan dalam tempoh 10 tahun nanti kita terpaksa menghadapi bahaya di mana tidak lagi wujudnya sekolah-sekolah Tamil di Malaysia. Dengan ini hilanglah pelajaran Tamil dan sekolah-sekolah Tamil yang merupakan identiti kaum India negara ini. Budaya, seni dan adat Tamil juga akan lenyap. Bukan itu saja, suara dan sebarang permintaan masyarakat India tidak akan dilayani oleh kerajaan.
Harian ini menggesa MIC, semua parti-parti politik India dan lebih seratus badan-badan bukan kerajaan India (NGO) untuk menimbang perkara ini dengan agak serius dan mengambil tindakan sewajarnya. Harian menggesa MIC untuk tubuh satu badan kajian yang diwakili oleh semua NGO India untuk menyiasat punca yang menyebabkan penurunan drastik ini. Pada masa yang sama harian juga menggesa untuk mencari jalan bagi meningkatkan bilangan kemasukan pelajar di sekolah-sekolah Tamil.
KOMEN - This news is the editor's column of Tamil daily, Malaysia Nanban dated 4 Jan 2013. It a worrying factor and it has to be taken seriously. Tamil schools in Malaysia is one of the identities for Tamilians in this country
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment