Harian ini mempertikaikan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang menyatakan peruntukan status kewarganegaraan oleh Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman kepada pendatang sebelum negara peroleh merdeka adalah salah manakala peruntukan kewarganegaraan kepada pendatang Sabah yang tinggal di situ lebih 20 tahun adalah tidak salah. Pandangan Tun Mahathir harus dikaji dengan dalamnya kerana Tuanku memberi kewarganegaraan secara terbuka manakala Mahathir tidak memberi kewarganegaraan kepada pendatang Filipina di Sabah secara terbuka.
Sehubungan itu, harian ini menyatakan kenyataan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC yang juga pengarah strategi MIC, Velpari yang berkata, seperti tuntutan Mahathir yang menyatakan kewarganegaraan diberi kepada pendatang di Sabah yang bertinggal di situ sejak 20 tahun maka orang India yang tiada negara dan yang lahir di negara dan bertinggal di situ lebih 20 tahun harus juga diberi kewarganegaraan, harus dikaji secara dalamnya.
Mengapa Tun Mahathir memberi kewarganegaraan kepada pendatang Filipina pada pemerintahan beliau? Untuk peroleh undi mereka? Untuk tunjuk kuasa pengaruhnya kepada orang asing? Atau untuk sebab lain?
Velpari amat sedih masalah orang India tiada negara di Malaysia belum diselesaikan. Beliau mencadangkan untuk tubuh pengampunan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh semua penduduk-penduduk negara ini yang tiada negara.
comment- Berita dipetik dari Lidah Pengarang, akhbar Malaysia Nanban bertarikh 21 January
No comments:
Post a Comment