Tuesday, 19 March 2013
ADAKAH RUANG UNTUK PERTUMBUHAN BAHASA TAMIL DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
Harian ini menyatakan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 adalah satu rancangan yang dilaksanakan kerajaan untuk meninggikan
sistem pelajaran semua jenis sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Dengan ini pelan draf pelajaran disasarkan
untuk memastikan pencapaian sekolah-sekolah Malaysia bersamaan dengan taraf
dunia, kata Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin. Meskipun harian ini menyambut baik bahawa
sekolah-sekolah Tamil juga termasuk dalam rancangan pembangunan ini namun tanda
tanya telah timbul di kalangan masyarakat India yang bertanya-tanya sama ada
rancangan pembangunan untuk sekolah-sekolah Tamil dimasukkan secara telus dalam
Pelan Pembangunan tersebut? Harian ini
berpendapat tiada rancangan khas disebutkan untuk perkembangan sekolah-sekolah
Tamil serta bahasa Tamil dalam pelan tersebut.
Harian ini menyatakan walaupun
pelajar-pelajar dibenarkan mengambil 12 subjek dalam SPM termasuk bahasa Tamil
dan sastera Tamil maka ia mempertikaikan tentang penggredan bahasa Tamil dan
sastera Tamil. Sama ada ia dimasukkan dalam sijil? Sama ada ia dipertimbangkan untuk kemasukan
universiti? Sama ada ia dipertimbangkan semasa membuat permohonan biasiswa atau
pinjaman PTPTN dan sebagainya? Jika
pengiktirafan sedemikian dibuat untuk bahasa Tamil barulah boleh dikatakan
Pelan Pembangunan Pendidikan membantu dalam perkembangan bahasa Tamil.(pg 2)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment