Pengumuman Penasihat
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan jika Pakatan Rakyat menang dalam
pilihan raya umum, Presiden PAS, Datuk
Ser Hadi Awang dan Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang akan dilantik sebagai
timbalan-timbalan perdana menteri, telah menimbul kejutan penyokong-penyokong
India Pakatan Rakyat. Apabila soalan
ini dibangkitkan semasa dialog dengan akhbar-akhbar Tamil sama ada kaum India
akan diperuntukkan jawatan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar tidak memberi satu jawapan
yang tepat. Tetapi kini telah jelas dengan pengumuman Anwar bahawa Hadi Awang atau Kit
Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Harian ini
mempersoalkan mengapa kaum India terus dipinggirkan baik di Barisan Nasional dan
kini di Pakatan Rakyat? Sedangkan Datuk
Seri Anwar menyatakan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan politik berasas
perkauman sebaliknya pada semuanya adalah pada asas rakyat Malaysia? Mengapa jawatan timbalan perdana menteri
tidak diperuntukkan pada Presiden DAP, Karpal Singh iaitu pada asas rakyat
Malaysia? Harian ini menggesa
masyarakat India untuk berfikir-fikir tentang kedudukan mereka. Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban, bertarikh 2 Mach
No comments:
Post a Comment