Sejak enam bulan ini iaitu dari 1 April sehingga 31 Julai sebanyak 23 kejadian tembak-menembak telah berlaku. Harian ini berkata, ini telah merisaukan dan mengancam keharmonian rakyat dan keselamatan negara. Justeru, kerajaan telah mengumumkan untuk mengkaji semula Akta Pencegahan Jenayah 1959. Adalah difahamkan yang terbabit dalam perbuatan ini adalah beberapa orang yang dibebaskan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini. Oleh sebab itu pihak polis telah menggesa kerajaan untuk memperkenalkan satu akta baru untuk menggantikan Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Ordinan Darurat yang telah pun ditarik balik. Tetapi, pihak kehakiman dan pihak ketua peguam negara tidak bersetuju untuk mewujudkan akta baru ini. Mereka berpendapat akta akan disalahgunakan serta akan melanggar hak asasi manusia.
Harian ini mempertikaikan sama ada perbuatan jenayah boleh diatasi dengan beberapa akta baru? Ia menyatakan ada dua jenis penjenayah - satu kumpulan penjenayah yang akan menyedari kesalahan sama ada besar atau kecil dan mengubah diri dan tidak akan mengulangi kesalahan. Dan selagi penjenayah yang meskipun telah banyak kali dimarahi dan dihukum akan terus melakukan jenayah. Jadi, polis dengan kebolehan mereka perlu membahagikan dua kumpulan ini - penjenayah bertaubat dan penjenayah yang tidak mahu berubah. Dan dalam keadaan ini akta pencegahan jenayah baru yang dicadangkan oleh polis boleh diamalkan.
Berita ini adalah lidah pengarang yang dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 2 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment