Penasihat Yayasan Tamil, peguam Arumugam berkata satu wawancara di unit Tamilosai, BBC London berkata Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang diperkenalkan di Malaysia mempunyai motif dalaman untuk membunuh pendidikan bahasa ibunda. Aktivis-aktivis Cina dan pencinta-pencinta bahasa Tamil berkata pelan pendidikan baru ini akan menjejaskan bahasa ibunda dan budaya golongan minoriti yang tinggal di Malaysia. Menerusi pelan ini waktu pembelajaran bahasa Tamil di sekolah-sekolah Tamil akan dikurangkan berperingkat-peringkat dan begitu dengan bahasa Cina. Dan jika keadaan ini diteruskan maka sekolah-sekolah Cina dan Tamil akan lenyap dalam masa 10 tahun. Dan bermula dari darjah empat kerajaan mahu memperkenalkan satu sistem pembelajaran Bahasa Malaysia yang sama di sekolah-sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil. Arumugam turut mendakwa kerajaan Barisan Nasional tidak pun berbincang tentang pelan dengan parti-parti komponen lain untuk mendapatkan pandangan mereka.
Berita ini adalah petikan rencana dari akhbar Thina Kural bertarikh 2 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment