Harian ini menyatakan seruan Tun Mahathir di ruang dunia untuk memberi status kewarganegaraan kepada masyarakat Rohinya Muslim di Myanmar adalah satu yang berpatutan dan berhak bagi masyarakat itu. Diharapkan Myanmar akan menerima cadangan Mahathir. Pada masa yang sama, harian ini berharap Tun Mahathir akan memberi nasihat dan cadangan yang baik untuk mengatasi masalah isu berkaitan status kewarganegaraan yang masih dihadapi oleh kaum Cina dan India Malaysia meskipun negara telah peroleh kemerdekaan 55 tahun yang lalu.
comment- This is the editorial column of Malaysia Nanban dated 19 September. The view of the editor of the many Chinese and Indians born in Malaysia but without citizenship status must be considered.
Wednesday, 19 September 2012
Thursday, 2 August 2012
BILANGAN PELAJAR INDIA DI IPTA TURUN
Pengerusi Persatuan Pelajar India 1Malaysia, D. Mahaganabathy menggesa kerajaan mengembalikan sistem kuota untuk pengambilan pelajar di IPTA dan hapuskan sistem merit sedia ada yang didakwa menyebabkan penurunan bilangan pelajar India. Ini bukan pandangan persendirian beliau saja malah adalah pandangan keseluruhan 600 graduan sarjana muda yang menyertai persidangan persatuan pelajar India 1Malaysia. Menurut Mahaganabathy, kadar pengambilan pelajar India dalam sistem kuota adalah 10% semasa diikuti manakala kadar pengambilan telah turun ke hingga 2% - 3% dalam sistem merit sejak ia diamalkan selama enam tahun ini, khususnya dalam bidang-bidang perubatan, farmasi, pergigian, kejuruteraan dan sebagainya.
Tetapi ini tidak bermaksud pelajar-pelajar India tidak layak atau tidak mempunyai kelulusan cemerlang untuk memasuki IPTA. Ramai pelajar India mencapai keputusan cemerlang SPTM dan SPM tetapi mereka melahirkan sungutan mereka bahawa tidak dapat tawaran IPTA. Dan yang peroleh peluang di IPTA tidak dapat meneruskan pelajaran kerana tidak mampu bayar yuran. Kini, diharapkan jika sistem kuota dikembalikan maka bilangan pengambilan pelajar India akan dinaikkan berasas pada sistem kuota.
BERITA INI DIKELUARKAN DI LIDAH PENGARANG, MALAYSIA NANBAN PADA 1 OGOS 2012
Tuesday, 10 July 2012
47% GOLONGAN MUDA HADAPI MASALAH PINJAMAN
Kajian yang diperoleh baru-baru ini oleh Persatuan Pengguna ERA mengumumkan 47% golonggan muda di negara menghadapi masalah pinjaman yang teruk dan mereka adalah daripada kumpulan bekerja. Kajian itu menyatakan 30% dalam keadaan terpaksa membereskan hutang pinjaman manakala 37% membelanja secara mewah lebih daripada pendapatan mereka. Dan 15% tidak mempunyai tabiat menyimpan duit.
(berita ini disiarkan dalam akhbar Tamil 'Thina Kural" bertarikh 6 Julai)
philomena - what is happening to our younger generation and where are they leading to? They seemed not to worry of anything.
(berita ini disiarkan dalam akhbar Tamil 'Thina Kural" bertarikh 6 Julai)
philomena - what is happening to our younger generation and where are they leading to? They seemed not to worry of anything.
Friday, 1 June 2012
SEKOLAH MANA YANG KITA KEHENDAKI?
Harian ini kagum dengan usul yang diluluskan oleh MIC bahagian Gelang Patah. Ini kerana mereka menolak permintaan rama termasuk MIC dan badan-badan bukan kerajaan yang selama ini mendesak kerajaan menukar sekolah-sekolah Tamil bantuan modal menjadi sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan, kini meminda usul untuk tidak menukarkan sekolah-sekolah Tamil bantuan modal ke sekolah-sekolah bantu penuh kerajaan. Ini kerana perwakilan MIC bahagian tersebut mendakwa sekolah-sekolah Tamil bantuan penuh tidak menerima satu sen pun dari peruntukan kerajaan RM100juta yang diperuntukkan bagi sekolah-sekolah Tamil pada tahun ini. Manakala, sekolah-sekolah bantuan modal telah menerima bantuan itu. Sehubungan itu, harian ini menggesa supaya jangan memperkecilkan usul yang dibawa oleh MIC bahagian itu bahkan menyeru MIC serta badan-badan sosial untuk menyiasat perkara itu untuk mendapat penjelasan.
Wednesday, 9 May 2012
AKANKAH KERAJAAN BUKA SEKOLAH INGGERIS
Harian ini menarik perhatian pada soalan yang dibangkitkan oleh Senator Dr Ramakrishnan dalam persidangan Dewan Negara tentang sekolah-sekolah Inggeris. Ramakrishnan berkata semasa kerajaan mewujudkan sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil mengapa tidak boleh memulakan sekolah-sekolah Inggeris. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata, perkara tersebut boleh ditimbangkan.
Tetapi. harian meragui penjelasan yang diberi oleh Dr Wee sama ada sekolah-sekolah Inggeris akan dibuka. Ini kerana Wee berkata beberapa tindakan diambil untuk meningkatkan pengetahuan bahasa Inggeris seperti menggalakkan pelajar menggunakan Internet, terdapat lebih 100 sekolah antarabangsa di mana ramai pelajar Malaysia sedang menuntut, melebihkan waktu pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah dan Kementerian Pelajaran mengimport 375 juru latih yang pakar dalam bahasa Inggeris untuk melatih guru-guru tempatan demi membolehkan mereka mengajar bahasa Inggeris dalam cara terbaik.
PHILOMENA -This news was the editor's view of the Tamil daily - Malaysia Nanban dated 9th May. To me, the various steps mentioned by the Deputy Education Minister to upgrade the fluency of English is nothing like having an English medium school. English language is an asset left by the colonial British to us. The English spoken by our younger generation of today is not so polished and fluent as the English spoken by the older generation from the English medium schools in the 1960s early 70s. Therefore, I strongly suggest to start back the medium of English schools and leave the choice of schools to the parents - which medium schools they prefer to send their children.
Friday, 4 May 2012
SIASAT DAKWAAN SERANGAN POLIS TERHADAP WARTAWAN DENGAN ADIL
Harian ini terkejut dan
membidas serangan keras polis terhadap wartawan dan juru gambar pada
perhimpunan Bersih 3.0. Ini adalah kali pertama pihak polis mengadakan serangan
terhadap polis. Ia memuji pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishamuddin untuk tubuh Jawatankuasa Siasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan wartawan
tentang tindakan keras terhadap mereka semasa menjalankan tugas pada hari
perhimpunan Bersih 3.0. Ini adalah satu
keputusan bijaksana dan berharap jawatankuasa akan bertindak secara bebas dan
terbuka. Harian ini mencadangkan supaya
jawatankuasa tersebut dianggotai oleh ahli-ahli yang dipercayai dan dihormati
rakyat dan berharap jawatankuasa bebas ini menjalankan siasatan dari semua
aspek secara kepakaran. Ia menggesa
kerajaan supaya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap polis jika
mereka salah.
KOMEN DARI LIDAH PENGARANG TAMIL NESAN BERTARIKH 4 MEI
HORMATI ORANG MEDIA BAGI BENAR MEREKA JALAN TUGAS
Harian ini menyatakan
dakwaan terhadap pihak polis yang bertindak keras ke atas wartawan dan juru
gambar di perhimpunan Bersih 3.0 bukanlah satu perkara biasa tetapi ia dianggap
satu perkara serius di negara bebas ini.
Wartawan dan juru gambar bukannya demonstran tetapi mahu menjalankan
tugas dan tanggungjawab mereka. Seperti
polis membawa senjata masing-masing mereka(wartawan) membawa kamera dan alat
rekod sebagai ‘senjata’ mereka.
Harian ini
menyenaraikan beberapa nama wartawan dan juru gambar termasuk juga juru gambar
Makkal Osai yang membuat aduan polis berkaitan serangan polis dan tindakan
keras yang dikenakan terhadap mereka semasa mereka menjalankan tugas
mereka.
Harian berharap
Jawatankuasa Siasatan Bebas yang akan ditubuhkan oleh Kabinet untuk menyiasat
keganasan yang tercetus pada perhimpunan Bersih akan menyiasat semua tuduhan dari
pihak media massa tanpa diskriminasi dengan adil dan bebas. Harian ini turut berkongsi perasaan wira
media massa demi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka tanpa tekanan
minda dan sebarang serangan.
BERITA INI KOMEN DARI LIDAH PENGARANG MAKKAL OSAI BERTARIKH 4 MEI
BERITA INI KOMEN DARI LIDAH PENGARANG MAKKAL OSAI BERTARIKH 4 MEI
Subscribe to:
Posts (Atom)