Thursday, 13 December 2012

LONGGARKAN SEKATAN PADA MASALAH ORANG INDIA TIDAK NEGARA


Senator Ramakrishna menggesa melonggarkan sekatan-sekatan yang dikenakan pada orang-orang India tiada negara yang tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil lahir semasa mereka membuat permohonan kewarganegaraan.  Beliau menyoalkan bagaimana pula peniaga-peniaga warga Indonesia dan Bangladesh diberi kewarganegaraan dan kad pengenalan biru dengan mudah?    Ketua Biro Perhubungan Kelab Penyokong PAS, Maniam juga mengumumkan bayi-bayi yang baru dilahirkan  serta kanak-kanak zaman sekarang menghadapi masalah berkaitan sijil lahir dan kad pengenalan.

comment-  This is continuous plight of Indians being stateless in their own country, Malaysia until today.  But foreign workers from Indonesia, Pakistan and Bangladesh of yesteryears working in Malaysia are easily given citizenship

Wednesday, 12 December 2012

RATUS RIBUAN AHLI KELUARGA AKAN TERJEJAS


Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman  meminta kerajaan agar 50,000 kakitangan berstatus kontrak di seluruh negara yang bakal tamat perkhidmatan mereka pada 31 Disember disambung semula.   Beliau menyatakan hanya sesetengah agensi kerajaan memutuskan untuk menyambung kontrak manakala beberapa lagi agensi enggan berbuat demikian.
Harian ini menyeru kerajaan untuk menimbang kenyataan Datuk Omar yang mengumumkan jika kontrak kakitangan berstatus kontrak tidak disambungkan ia bermaksud 50,000 orang akan kehilangan pekerjaan.  Dan 50,000 kakitangan bermaksud ratus ribuan ahli keluarga mereka yang bergantung pada pendapatan mereka akan terjejas.  Justeru itu harian ini menyeru kerajaan supaya menimbang keadaan ahli-ahli keluarga tersebut dan mengambil keputusan baik untuk menyambut kontrak 50,000 kakitangan berkenaan.


KOMEN - Artikel ini adalah lidah pengarang harian Malaysia Nanban, bertarikh 13/12.   Dengan mengambil kira manfaat kakitangan kontrak dan memegang pada slogan ' rakyat didahulukan maka kerajaan perlu menyambung kontrak mereka.

Tuesday, 11 December 2012

KAMI MAHU BILANGAN YANG BENAR?


Kekecohan timbul selepas Perdana Menteri mengumumkan di Perhimpunan Perwakilan MIC yang ke-66 baru-baru ini bahawa hanya 9,000 orang India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menafikan dengan tegasnya tuntutan pembangkang yang menyatakan 300,000 orang India adalah tiada negara.  Tetapi,  sejak program MyDaftar bermula, pembangkang sedang menegaskan 300,000 orang India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Kini, tanda tanya timbul di kalangan ramai mana yang benar?  Apakah bilangan sebenarnya orang yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri?  9,000 atau 300,000.   Harian ini mempersoalkan mengapa pembangkang tidak tampil menunjuk bukti bahawa 300, 000 orang tiada negara seperti dicabar oleh pihak kerajaan?
 Itu bukan satu perkara yang mudah untuk dibuktikan dengan butir-butir statistik.  Harian ini menyeru pada semua orang yang tiada negara yang tersembunyi di negara supaya tampil dan mendaftar diri mereka di pejabat-pejabat pendaftaran(JPN) di seluruh negara.  Harian ini juga menggesa pihak-pihak yang menyebutkan 300,000 tiada negara untuk mengenal pasti dan memastikan bilangan itu dan membantu mereka.


COMMENT- This news is reported in the editor's column of the Tamil daily, Malaysia Nanban dated 12/12

Tuesday, 27 November 2012

PERJUANGAN HAK 800,000 HAK PEKERJA LADANG


Ketua Hindu Rights Action Force (Hindraf), Waythamoorthy mengumumkan seramai 800,000 orang India telah keluar dari ladang-ladang semasa ladang-ladang diambil untuk projek pembangunan.   Hindraf sedang menyuarakan demi hak-hak 800,000 orang ini.  Menurut Waythamoorthy berkata, jika mereka diberi tanah semasa dikeluarkan taraf hidup mereka telah pun dijamin.
 Apabila kaum India dibawa untuk bekerja di ladang-ladang getah perjanjian pernah dibuat bahawa mereka akan diperuntukkan 5 ekar tanah seseorang selepas bekerja 2 tahun dan Waythamoorthy mempunyai bukti.  Hindraf menggesa untuk mewujudkan rancangan khas penempatan tanah seperti Felda dan Felcra untuk orang-orang India.


comments-  This news was reported in the Tamil daily, Makkal Osai dated 28 Nov.  Hope the government will see into the sympathetic situation of the former estate folks who were 'chased'  out of the estate give way for development projects.

Monday, 26 November 2012

MENGABAIKAN PEKERJA TEMPATAN DAN BERI KEUTAMAAN PADA PEKERJA ASING?

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang(NUPW), Datuk G. Sankaran membidas perbuatan tidak mengambil pekerja tempatan sebaliknya mengambil pekerja asing. Beliau berkata, kebajikan pekerja tempatan sangat penting dan mereka tidak harus diabaikan.  Beliau membidas tindakan majikan Ladang Lubok Sekinta, Kuala Ketik yang telah menghentikan  kerja 29 penoreh getah tempatan dengan tiba-tiba dan mengambil pekerja asing secara kontrak.


comment- This news is from the Tamil daily, Thina Kural dated 26 Nov.  This is injustice done  to our local workers.  Hope our government especially the Human Resource Ministry will look into this matter seriously and take action on such employers.  The government should look into the welfare of its citizens first - 'rakyat didahulukan'.

KEADAAN SEDIH PELAJAR-PELAJAR STPM YANG MENGAMBIL KERTAS BAHASA TAMIL


Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran terkejut apabila diberitahu oleh bahagian pelajaran Pemuda MIC bahawa pelajar-pelajar STPM tahun ini yang menulis mata pelajaran bahasa Tamil STPM berasas pada sukatan pelajaran yang tidak diluluskan oleh lembaga tersebut dan Kementerian Pelajaran.  Pelajar-pelajar telah menulis peperiksaan berasas pada panduan buku model STPM yang dikeluarkan oleh swasta.  

Nampaknya, pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan yang mereka tidak pernah belajar dan justeru tidak sanggup menjawab seperti yang dikehendaki.Jadi apakah status pelajar-pelajar  STPM yang mengambil kertas bahasa Tamil pada tahun ini?   Semasa  bahagian pelajaran Pemuda MIC peroleh penjelasan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia lembaga tersebut seolah-olah tidak bertanggungjawab dan menyatakan bahawa ia telah pun mengeluarkan model sukatan pelajaran bahasa Tamil STPM menerusi laman web.

Harian ini mempertikaikan penjelasan lembaga tersebut dengan melemparkan soalan sama ada model sukatan pelajaran  dikeluarkan dalam laman web pada awal-awal tahun lagi?   Dan adakah lembaga peperiksaan mengumumkan ini kepada pelajar-pelajar khususnya yang mengambil kertas bahasa Tamil?

Harian ini  menyeru Lembaga  Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran supaya menimbangkan kedudukan pelajar-pelajar malang ini dan tidak mengenakan ketidakadilan pelajar-pelajar ini.    Sebaliknya mencari satu penyelesaian seperti mengurangkan peratusan markah untuk kertas bahasa Tamil STPM pada
tahun.

Comment - This information is taken from the editor's column of Tamil daily, Malaysia Nanban dated 26 Nov.  Hope the Education Ministry will consider the sympathetic situation of these students and find a solution. 

Thursday, 22 November 2012

SYARIKAT PEMAJU CEROBOHI TANAH SEKOLAH TAMIL CASTLEFIELD


Ahli-ahli lembaga SRK(T)Ladang Castlefield, PIBG sekolah dan Guru Besar sekolah membidas tindakan Syarikat Pasarana yang mengendali projek LRT, pegawai-pegawai polis dan pengubal undang-undang yang cerobohi sekolah itu dengan tiba-tiba pada pukul 7.30 pagi.   semalam.  Meskipun, guru besar sekolah halang kemasukan mereka namun mereka tetap masuk ke perkarangan sekolah, kata ketua lemabga sekolah, Nagamuthu.  Ahli-ahli MIC, PPP dan DAP telah berkumpul bersama-sama untuk protes tindakan itu.
Nampaknya syarikat itu mahu melaksanakan projek LRT di kawasan sekolah tersebut tanpa memenuhi janji yang dibuat pada 2009 untuk memberi tanah alternatif


comment- Tamil schools are continuously being victimized. This news was reported in the Tamil daily, 
                 Malaysia Nanban on 22nd Nov.