Monday, 26 November 2012
KEADAAN SEDIH PELAJAR-PELAJAR STPM YANG MENGAMBIL KERTAS BAHASA TAMIL
Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran terkejut apabila diberitahu oleh bahagian pelajaran Pemuda MIC bahawa pelajar-pelajar STPM tahun ini yang menulis mata pelajaran bahasa Tamil STPM berasas pada sukatan pelajaran yang tidak diluluskan oleh lembaga tersebut dan Kementerian Pelajaran. Pelajar-pelajar telah menulis peperiksaan berasas pada panduan buku model STPM yang dikeluarkan oleh swasta.
Nampaknya, pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan yang mereka tidak pernah belajar dan justeru tidak sanggup menjawab seperti yang dikehendaki.Jadi apakah status pelajar-pelajar STPM yang mengambil kertas bahasa Tamil pada tahun ini? Semasa bahagian pelajaran Pemuda MIC peroleh penjelasan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia lembaga tersebut seolah-olah tidak bertanggungjawab dan menyatakan bahawa ia telah pun mengeluarkan model sukatan pelajaran bahasa Tamil STPM menerusi laman web.
Harian ini mempertikaikan penjelasan lembaga tersebut dengan melemparkan soalan sama ada model sukatan pelajaran dikeluarkan dalam laman web pada awal-awal tahun lagi? Dan adakah lembaga peperiksaan mengumumkan ini kepada pelajar-pelajar khususnya yang mengambil kertas bahasa Tamil?
Harian ini menyeru Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran supaya menimbangkan kedudukan pelajar-pelajar malang ini dan tidak mengenakan ketidakadilan pelajar-pelajar ini. Sebaliknya mencari satu penyelesaian seperti mengurangkan peratusan markah untuk kertas bahasa Tamil STPM pada
tahun.
Comment - This information is taken from the editor's column of Tamil daily, Malaysia Nanban dated 26 Nov. Hope the Education Ministry will consider the sympathetic situation of these students and find a solution.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment