Harian ini merujuk pada kenyataan Timbalan Perdana Menteri(TPM) yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengumumkan hanya 3% guru di sekolah-sekolah tadika adalah layak untuk mengajar di sekolah-sekolah tadika. Jika meneliti kenyataan TPM secara dalam maka adalah disahkan bahawa lebih 90% guru-guru sekolah tadika swasta tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar secara sempurna. Adalah dianggarkan ibu bapa membelanja dari RM3,000 – RM4,500 setahun untuk kanak-kanak berusia 5 tahun yang belajar di sekolah-sekolah tadika swasta. Tetapi adakah kanak-kanak mereka peroleh pendidikan yang dijangkakan berasas pada kos pelajaran itu?
Sehubungan dengan perkara ini, Muhyiddin Yasin berkata Kementerian Pelajaran mengambil tindakan untuk mengadakan latihan percuma tiga minggu untuk guru-guru tadika sekolah swasta. Bukan itu sahaja, Menteri Pelajaran juga menggesa guru-guru tadika untuk peroleh sekurang-kurangnya diploma dalam bidang pelajaran tadika.
Petikan ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 2 nov 2012
No comments:
Post a Comment