Monday, 12 November 2012
PENDEKATAN PM SATU TANDA BAIK
Menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia berjumpa semua pertubuhan India termasuk Hindu Rights Action Force(Hindraf) yang tidak puas hati terhadap kerajaan.
Harian ini menyatakan pendekatan Perdana Menteri untuk mendengar sungutan masyarakat adalah satu tanda baik dan meyakinkan.
Tetapi, pengerusi Hindraf Waymoorthy telah mengenakan syarat untuk menggugurkan pengharaman yang dikenakan terhadap Hindraf jika Perdana Menteri mahu berjumpa Hindraf.
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Tamil Malaysia Nanban bertarikh 9 Nov 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment