Pendatang haram yang mendapat kewarganegaraan melalui 'pintu belakang' akan berdepan tindakan pembatalan dokumen dan juga akan didakwa, kata Tan Sri Abdul Gani Patail.
Peguam Negara berkata mereka yang menggunakan dokumen sokongan palsu untuk mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan Malaysia melalui sindiket yang mempunyai hubungan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan berdepan dengan tindakan undang-undang.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 5 Disember 2014
Friday, 5 December 2014
PEGAWAI-PEGAWAI YANG RASUAH LATAR BELAKANG PROJEK IC SABAH
Sindiket dan
mereka yang menerima bantuan dari pegawai yang rasuah dikenalpasti melakukankan
'Projek IC' di Sabah bagi memenuhi agenda politik dan wang, menurut Laporan
Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), yang bagaimanapun tidak menyebut
mengenai siapa yang bersalah mengubah keseimbangan demografi dan agama di
negeri itu.
Laporan RCI
mengenai pendatang tanpa izin di Sabah setebal 368 muka surat itu didedahkan
kepada umum di Kota Kinabalu semalam.
Suruhanjaya
Siasatan ini yang ditubuhkan dua tahun yang lalu, selepas dihabiskan siasatanya
ia dikemukakan kepada DYMM Yang diPertuan Agong dan selepas beberapa bulan
kemudian laporan itu disediakan.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural pada 4 Disember 2014
Wednesday, 20 November 2013
ISU 2000 EKAR TANAH - JANGAN SEMBUNYI KEBENARAN
Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar berkata, beliau berharap Menteri Besar Perak akan mematuhi dasar telus dalam hal pengurusan 2000 ekar tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu pelajar miskin India dan pembangunan sekolah-sekolah Tamil. Sudah empat tahun tanah itu diperuntukkan dan Menteri Besar berkata tanah tersebut akan diserahkan pada Yayasan Pembangunan Pendidikan India Perak. Sivakumar ingin mengetahui siapakah pengerusi yayasan itu? Siapakah ahli-ahli jawatankuasa yayasan? Adakah ahli-ahli politik menganggotai yayasan itu?
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 16 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 16 Ogos 2013
Sunday, 17 November 2013
PERBUATAN JENAYAH TIDAK AKAN DIKURANGKAN OLEH UNDANG-UNDANG
Kenyataan Menteri Dalam Negeri yang berkata, ekoran memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat maka perbuatan jenayah semakin hari semakin naik, adalah satu kenyataan tidak masuk akal. Negara-negara jiran yang tidak mengamalkan undang-undang bebas dari perbuatan jenayah tetapi kejadian jenayah telah sampai ke tahap bahaya, kata ADUN Sungkai, Sivanesan. Beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri dan pihak supaya tidak memberi alasan atau sebab sebaliknya melibat dalam tindakan untuk menumpaskan perbuatan jenayah di negara.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 14 Ogos
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 14 Ogos
KELEMAHAN DALAM KESELAMATAN SEMPADAN
Harian ini kesal tentang keadaan keselamatan yang agak lemah di sempadan Malaysia-Thai. Hanya 7 daripada 27 kamera rahsia, CCTV yang dipasang untuk memantau kegiatan jenayah di sempadan itu, berfungsi manakala 20 tidak berfungsi dan tidak dibaiki. Maklumat ini didedahkan ekoran kejadian Lans Koporal, Azamudin Azizan, 26, ditembak oleh orang-orang yang tidak dikenali pada Sabtu, lalu semasa meronda di kawasan sempadan. Adalah disyaki perbuatan tembak ini dilakukan oleh orang-orang yang melibat dalam penyeludupan haram. Sehubungan kejadian itu pasukan pengawal sempadan dan pasukan tentera sedang mengadakan siasatan rapi, kata Ketua Tentera, Datuk Raja Mohd Affendi Raja Mohd Noor. Dan juga dilaporkan 20 CCTV yang tidak berfungsi itu dimusnahkan oleh kumpulan penyeludup. Harian ini mempersoalkan mengapa pihak-pihak yang mengetahui tentang perkara itu( keadaan 20 CCTV) tidak membaikinya dengan segera atau menggantikannya dengan segera?
Sehingga ini adalah didapati walaupun kegiatan penyeludup di sempadan tidaklah besar tetapi telah meluas sehingga mengeluarkan tembakan dan ini adalah merisaukan. Penyeludupan senjata, penyeludupan dadah dan penyeludupan manusia akan mengancamkan keselamatan dan keharmonian negara. Pasukan tentera dan pihak polis perlu menumpu lebih perhatian dalam hal keselamatan sempadan. Harian ini menyatakan setiap individu yang bertugas di sempadan harus berhati-hati dalam tugas masing-masing. Jika tidak, sebarang usaha dan tindakan yang diambil oleh kerajaan tidak akan bawa sebarang hasil
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 14 Ogos
Sehingga ini adalah didapati walaupun kegiatan penyeludup di sempadan tidaklah besar tetapi telah meluas sehingga mengeluarkan tembakan dan ini adalah merisaukan. Penyeludupan senjata, penyeludupan dadah dan penyeludupan manusia akan mengancamkan keselamatan dan keharmonian negara. Pasukan tentera dan pihak polis perlu menumpu lebih perhatian dalam hal keselamatan sempadan. Harian ini menyatakan setiap individu yang bertugas di sempadan harus berhati-hati dalam tugas masing-masing. Jika tidak, sebarang usaha dan tindakan yang diambil oleh kerajaan tidak akan bawa sebarang hasil
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 14 Ogos
KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK - BILA AKAN AKHIR?
Badan-badan sosial dan pemimpin-pemimpin politik di daerah Sungai Buloh melahirkan kesedihan mereka terhadap kejadian-kejadian tembak menembak yang semakin hari semakin meningkat. Mereka mahu polis memberi jaminan kejadian ini tidak akan berulang. Kerajaan dan pihak polis harus bertindak dengan kebijaksana untuk menangani kes-kes tembak menembak serta perbuatan jenayah yang sedang meningkat di negara dan rakyat perlu memberi kerjasama, kata mereka.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 13 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 13 Ogos 2013
MAHU BAWA MASALAH PENUKARAN AGAMA KE HINGGA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU?
Harian ini menarik perhatian pada kenyataan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang berkata badan itu akan meraih sokongan untuk melakukan pindaan perlembagaan di lima negeri berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak. Lima negeri berkenaan yang melibatkan Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak membenarkan hanya seorang dari ibu atau bapa untuk memutuskan mengenai penukaran agama seorang anak bawah umur. Presiden MCCBCHST Jagir Singh memetik keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan bahawa langkah untuk tidak membenarkan kedua-dua ibu bapa membuat kpeutusan dalam isu penukaran agama itu bertentangan dengan prinsip keadilan. Jagir yang juga seorang peguam berkata, jika satu penyelesaian tidak peroleh untuk masalah ini maka mereka akan berjuang membawa perkara itu pada perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Harian ini berpendapat demi mengelakkan masalah itu dibawa sampai ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu maka adalah elok bagi keima-lima kerajaan negeri menimbang dan berusaha mencari satu penyelesaian. Dengan ini Malaysia dapat mengekalkan imej baik dan populariti di peringkat dunia.
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 13 Ogos 2013
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 13 Ogos 2013
APAKAH PUNCA PENINGKATAN BILANGAN PISTOL?
DAP ingin mengetahui bagaiamana bilangan pistol bertambah di negara dengan tiba-tiba. DAP melemparkan soalan ekoran kes-kes tembak menembak meningkat sejak kebelakangan ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata meskipun hukuman berat dikenakan pada pihak-pihak yang menyimpan pistol secara haram tetapi hukuman berat itu tidak dapat menghalangkan kumpulan-kumpulan rahsia daripada menggunakan pistol. Beliau menggesa polis untuk menyiasat bagaimana pistol dibawa masuk ke negara dan menghapuskan 'akar umbinya'.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 12 Ogos 2013.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 12 Ogos 2013.
PALANIVEL HARUS PASTIKAN BUTIR-BUTIR 2,000 EKAR TANAH
Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran mahu Presiden MIC, Datuk Seri Palanivel untuk memastikan 2,000 ekar tanah yang diagihkan oleh kerajaan negeri Perak demi pembangunan sekolah-sekolah Tamil harus diperoleh oleh badan-badan berkaitan sekolah Tamil. Beliau mendapati bahawa baru-baru ini cukai tanah sebanyak RM60,938 dibayar untuk tanah itu? Siapa yang membayar cukai itu? Individu atau Yayasan Pembangunan Pendidikan India Perak?, tanya Kulasegaran. Jika yayasan tersebut, jadi siapa yang menganggotai yayasan? Kulasegaran berkata individu-individu tidak harus dibenarkan untuk merampas tanah itu. Pada masa yang sama MIC juga tidak harus diberikan tanah tersebut.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 8 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 8 Ogos 2013
TEMPAT MINIMUM UNTUK PELAJAR-PELAJAR CINA DAN INDIA DI IPTA - LIM
Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar perbuatan universiti-universiti yang tidak tawarkan kepada 39 pelajar cemerlang yang mencatat CGPA 4.0, bidang kursus yang dipohon oleh mereka. Ini adalah penghinaan untuk maruah negara, kata beliau.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 7 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 7 Ogos 2013
Wednesday, 23 October 2013
JANGAN UGUT KAMI - SIASAT ISU SCORPENE
PENGARAH EKSEKUTIF SUARAM E NALIN mendakwa pegawai-pegawau yang harus menyiasat isu rasuah kapal selam Scorpene, sedang mengugut dan mengganggu SUARAM. Selain itu, kami menasihat polis untuk menghentikan mengugut kami sebaliknya menggunakan masa dan kebolehan mereka untuk menumpaskan perbuatan jenayah di negara.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 6 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 6 Ogos 2013
SANGGUPKAH KAMALANATHAN PERSOAL TAN SRI MUHYIDDIN
Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran mencabarkan Timbalan Menteri Pendidikan, Kamalanathan sama ada beliau sanggup menggesa Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin bertelus dalam hal pengambilan pelajar di IPTA serta dapat mendedahkan butir-butir sepenuhnya berkaitan perkara itu? Ini kerana ketiadaan satu ujian kemasukan awam dan kelayakan masuk yang berasas pada STPM dan Matrikulasi telah menjejaskan pelajar bukan Bumiputra, kata Kula. Beliau berkata, pada bulan beberapa permohonan pelajar dengan keputusan cemerlang untuk IPTA,telah ditolak.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 6 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 6 Ogos 2013
SISTEM KUOTA ATAU SISTEM MERITOKRASI?
Menteri Besar Johor, Tan Sri Mohd Khalid Nordin menggesau supaya menimbang dengan berhati-hati tentang cadangan permintaan masyarakat India untuk mengembalikan sistem kuota bagi pengambilan pelajar India di IPTA memandangkan mereka kecewa dengan sistem meritokrasi. Beliau menggesa untuk mengkaji permintaan ini dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan mana-mana pihak. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan ulang tahun majlis gabungan pertubuhan India Johor di Hotel Hope di Skudai, semalam.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 5 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 5 Ogos 2013
JAWATANKUASA PARLIMEN UNTUK PANTAU PENGAMBILAN PELAJAR IPTA
Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran menggesa untuk menubuhkan jawatankuasa parlimen untuk memastikan pengambilan pelajar di IPTA berjalan dengan licin. Jawatankuasa harus bebas dari perbezaan politik dan perlu diwakili oleh ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 5 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 5 Ogos 2013
MASA SUDAH SAMPAI UNTUK MENGURANGKAN KOS PERTAHANAN
Parti Gerakan menyatakan keputusan penilaian 'masa depan yang kontrovesi' yang diberi untuk Malaysia oleh Syarikat Penilaian Pitch merupakan satu amaran bagi negara untuk bangun dan berwaspada. Ia mengumumkan masanya sudah sampai untuk mengurangkan belanja berjuta-juta ringgit yang tidak munasabah dalam bidang pertahanan, kata Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 3 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 3 Ogos 2013
BOLEHKAN TAMBAHAN AKTA BARU ATASI PENINGKATAN JENAYAH YANG MERISAUKAN?
Sejak enam bulan ini iaitu dari 1 April sehingga 31 Julai sebanyak 23 kejadian tembak-menembak telah berlaku. Harian ini berkata, ini telah merisaukan dan mengancam keharmonian rakyat dan keselamatan negara. Justeru, kerajaan telah mengumumkan untuk mengkaji semula Akta Pencegahan Jenayah 1959. Adalah difahamkan yang terbabit dalam perbuatan ini adalah beberapa orang yang dibebaskan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini. Oleh sebab itu pihak polis telah menggesa kerajaan untuk memperkenalkan satu akta baru untuk menggantikan Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Ordinan Darurat yang telah pun ditarik balik. Tetapi, pihak kehakiman dan pihak ketua peguam negara tidak bersetuju untuk mewujudkan akta baru ini. Mereka berpendapat akta akan disalahgunakan serta akan melanggar hak asasi manusia.
Harian ini mempertikaikan sama ada perbuatan jenayah boleh diatasi dengan beberapa akta baru? Ia menyatakan ada dua jenis penjenayah - satu kumpulan penjenayah yang akan menyedari kesalahan sama ada besar atau kecil dan mengubah diri dan tidak akan mengulangi kesalahan. Dan selagi penjenayah yang meskipun telah banyak kali dimarahi dan dihukum akan terus melakukan jenayah. Jadi, polis dengan kebolehan mereka perlu membahagikan dua kumpulan ini - penjenayah bertaubat dan penjenayah yang tidak mahu berubah. Dan dalam keadaan ini akta pencegahan jenayah baru yang dicadangkan oleh polis boleh diamalkan.
Harian ini mempertikaikan sama ada perbuatan jenayah boleh diatasi dengan beberapa akta baru? Ia menyatakan ada dua jenis penjenayah - satu kumpulan penjenayah yang akan menyedari kesalahan sama ada besar atau kecil dan mengubah diri dan tidak akan mengulangi kesalahan. Dan selagi penjenayah yang meskipun telah banyak kali dimarahi dan dihukum akan terus melakukan jenayah. Jadi, polis dengan kebolehan mereka perlu membahagikan dua kumpulan ini - penjenayah bertaubat dan penjenayah yang tidak mahu berubah. Dan dalam keadaan ini akta pencegahan jenayah baru yang dicadangkan oleh polis boleh diamalkan.
Berita ini adalah lidah pengarang yang dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 2 Ogos 2013
RESTORAN INDIA JADI SASARAN TETAPI TIADA DISKRIMINASI TERHADAP RESTORAN WARGA ASING
Persatuan Pengguna Klang melemparkan soalan mengapa Jabatan Kesihatan Daerah yang membuat pemeriksaan kesihatan sering mensasarkan restoran-restoran India di Kelang Selatan manakala melepaskan restoran-restoran warga asing di Klang Utara. Pengerusi persatuan, Devadas Anjan berkata, restoran-restoran di Jalan Pos Baru dan Lorong Kepayang di Kelang Utara yang diuruskan oleh warga asing berada dalam keadaan kotor.
Berita ini dilaporkan di akhbar Malaysia Nanban pada 2 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan di akhbar Malaysia Nanban pada 2 Ogos 2013
GURU YANG TIDAK MAHU MENGAJAR
Semasa kata-kata berbaur perkauman disasarkan kepada pelajar maka terdapat kes seorang guru Islam yang ditempatkan mengajar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sebuah sekolah Tamil di Sungai Siput dari Tahun Satu sehingga tahun Enam tidak mahu mengajar dan bertindak sesuka hati. Guru tersebut mengambil dua hari cuti dalam semingga dan datang lambat pada baki tiga hari. PIBG sekolah telah membawa perkara itu pada perhatian pengetua sekolah dan pengetua sekolah telah pun melaporkan hal itu kepada Jabatan Pelajaran Daerah. Tetapi sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil terhadap guru tersebut. Ibu bapa langsung tidak puas hati dalam perkara ini. Mereka melemparkan soalan sama ada pihak pelajaran akan berdiam diri jika seorang guru India bersikap demikian di sekolah kebangsaan?
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 2 Ogos 2013
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 2 Ogos 2013
PELAN PENDIDIKAN BARU - BAHASA IBUNDA DALAM BAHAYA
Penasihat Yayasan Tamil, peguam Arumugam berkata satu wawancara di unit Tamilosai, BBC London berkata Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang diperkenalkan di Malaysia mempunyai motif dalaman untuk membunuh pendidikan bahasa ibunda. Aktivis-aktivis Cina dan pencinta-pencinta bahasa Tamil berkata pelan pendidikan baru ini akan menjejaskan bahasa ibunda dan budaya golongan minoriti yang tinggal di Malaysia. Menerusi pelan ini waktu pembelajaran bahasa Tamil di sekolah-sekolah Tamil akan dikurangkan berperingkat-peringkat dan begitu dengan bahasa Cina. Dan jika keadaan ini diteruskan maka sekolah-sekolah Cina dan Tamil akan lenyap dalam masa 10 tahun. Dan bermula dari darjah empat kerajaan mahu memperkenalkan satu sistem pembelajaran Bahasa Malaysia yang sama di sekolah-sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil. Arumugam turut mendakwa kerajaan Barisan Nasional tidak pun berbincang tentang pelan dengan parti-parti komponen lain untuk mendapatkan pandangan mereka.
Berita ini adalah petikan rencana dari akhbar Thina Kural bertarikh 2 Ogos 2013
Berita ini adalah petikan rencana dari akhbar Thina Kural bertarikh 2 Ogos 2013
SISTEM PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA DI SEKOLAH VERNAKULAR
Harian ini berpendapat pandangan kedua-dua pihak ini lojik. Tetapi, ia bertanya jika sekolah-sekolah Cina yang mempunyai segala kemudahan mendapati satu sistem pembelajaran Bahasa Malaysia akan menimbulkan masalah bagi pelajar, maka bagaimana pula dengan pelajar-pelajar sekolah Tamil yang menghadapi kekurangan kemudahan. Menurut harian, masalah ini bukan masalah perkauman namun ia adalah masalah bahasa. Justeru, Kementerian Pelajaran harus mengkaji pelan itu dengan lebih mendalam dan meluas lagi dan mengambil keputusan yang boleh diterima oleh semua pihak.
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 1 Ogos 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)