Harian ini bagi pihak masyarakat India berasa bangga kerana buat pertama kali karya Tamil oleh pencipta tempatan diberi insentif galakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim. Meskipun pemberian insentif galakan dimulakan mulai 2007 namun kelmarin sahaja, 4 pencipta Tamil diberi insentif. Mereka ialah bekas Profesor USM Dr Kartigesu, seorang penulis sastera diberi RM5000, penceramah motivasi untuk perkembangan pendidikan pelajar India, Ganesan diperuntukkan RM10,000, penulis terkenal cerita pendek, Puan Maheswari diberi RM4,000 dan penulis buku kajian terhadap sumbangan kaum India dalam sejarah Lembah Bujang, peguam Datuk Nadarjan diberi RM12,000.
Harian ini mahu Datuk Seri Rais Yatim untuk mengesahkan supaya pemberian insentif galakan ini diteruskan setiap tahun. Bukan itu sahaja demi peroleh pengiktirafan kerajaan dan masyarakat maka penulis sastera Tamil dan Cina harus dianugerahkan dengan gelaran ‘datuk’.
KOMEN: PENGIKTIRAFAN UNTUK KARYA TAMIL TEMPATAN YANG HARUS
DIBANGGAKAN. Berita ini adalah lidah pengarang di akhbar Tamil Malaysia Nanban bertarik 3OKT.
No comments:
Post a Comment