Friday, 19 October 2012

PERLUkAH KEPIMPINAN RADIO MINNAL FM DITUKARKAN


Harian ini kesal dengan perkhidmatan Radio Minnal FM yang menumpu sebagian besar perhatiannya untuk menyiarkan iklan-iklan.  Adakah Radio Minnal FM bertujuan untuk peroleh 'duit' saja.  Selain itu, ia juga memberi kepentingan untuk memainkan lagu-lagu filem.  Ia tidak memainkan peranan  untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan dan maklumat penting kepada rakyat.  Dan juga tidak memberi tumpuan untuk mengembangkan bahasa Tamil, budaya dan seni Tamil.

Naib Presiden MIC Datuk Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bagi pihak peminat-peminta telah menyampaikan kekecewaan terhadap peranan Radio Minnal FM.  Beliau menggesa untuk menukarkan kepimpinan  Radio FM Minnal.

Tetapi,harian  mengemukakan soalan, sama ada masalah ini dapat diatasi dengan tukar kepimpinan radio?  Yang penting ialah minda, sikap dan dasar ketua-ketua Radio Minnal FM harus berubah.  Walau bagaimanapun, peminat-peminat akan harap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menimbang perkara itu.


This news is the editor's column of Tamil daily, Malaysia Nanban dated 18 Oct.

No comments:

Post a Comment