Thursday, 25 October 2012

PEGAWAI-PEGAWAI PELAJARAN TAMIL PERLU DI SEMUA PEJABAT PELAJARAN DAERAH


Harian ini menarik perhatian pada gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(NUTP) yang menggesa kerajaan untuk meletak sekurang-kurangnya seorang pegawai India di setiap pejabat pelajaran daerah.   Ibu bapa India menghadapi pelbagai masalah berkaitan pelajaran anak-anak mereka dan disebabkan bahasa menjadi satu halangan maka mereka tidak dapat menjelaskan masalah yang dihadapi mereka.    Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng berpendapat masalah dapat diatasi dengan meletakkan pegawai India.   Menurut harian ini permintaan untuk meletakkan pegawai-pegawai India di pejabat pelajaran daerah pernah dibuat oleh beberapa badan-badan bukan kerajaan dan badan-badan India berkaitan kerajaan sejak beberapa tahun tetapi Kementerian Pelajaran tidak memenuhi permintaan mereka dengan sepenuhnya.

Satu lagi aduan yang terima oleh NUTP ialah guru-guru graduan sekolah Tamil dan guru-guru graduan di sekolah menengah yang berasaskan bahasa Tamil dipinggirkan kerana mereka tidak diberi peluang untuk naik pangkat sebagai pegawai tinggi.  NUTP menganggap sungutan mereka harus diatasi, kata Lok Yim Pheng.


Petikan ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 25 Okt

No comments:

Post a Comment