Kementerian Pelajaran mengekalkan pendirian untuk melarangkan pelajar-pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Sebelum ini, isu ini menjadi kontroversi dan ekoran itu pada bulan Julai Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Kr Wee Ka Siong berkata kementeriannya akan menimbang perkara itu. Pada bulan Ogos, satu sesi dialog diadakan di kalangan guru besar, guru-guru, ibu bapa dan badan-badan bukan kerajaan dan satu keputusan telah diperoleh untuk melarangkan pengunaan telefon bimbit di kalangan pelajar.
Harian ini menyambut baik keputusan ini dan berkata tindakan ini akan menyebabkan pelajar-pelajar fokus perhatian pada pelajaran. Bukan itu saja ia menyemai nilai-nilai murni, kelakuan baik, moral dan disiplin di kalangan pelajar.
Comment: A new wise decision made. This news is the editor's column of Tamil newspaper, Malaysia Nanban.
No comments:
Post a Comment