Wednesday 9 May 2012

AKANKAH KERAJAAN BUKA SEKOLAH INGGERIS


Harian ini menarik perhatian pada soalan yang dibangkitkan oleh Senator Dr Ramakrishnan dalam persidangan Dewan Negara tentang sekolah-sekolah Inggeris.  Ramakrishnan berkata semasa kerajaan mewujudkan sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil mengapa tidak boleh memulakan sekolah-sekolah Inggeris.  Timbalan  Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata, perkara tersebut boleh ditimbangkan.
Tetapi. harian meragui penjelasan yang diberi oleh Dr Wee sama ada sekolah-sekolah Inggeris akan dibuka.   Ini kerana Wee berkata beberapa tindakan diambil untuk meningkatkan pengetahuan bahasa Inggeris seperti menggalakkan pelajar menggunakan Internet, terdapat lebih 100 sekolah antarabangsa di mana ramai pelajar Malaysia sedang menuntut, melebihkan waktu pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah dan Kementerian Pelajaran mengimport 375 juru latih yang pakar dalam bahasa Inggeris untuk melatih guru-guru tempatan demi membolehkan mereka mengajar bahasa Inggeris dalam cara terbaik.  


PHILOMENA  -This news was the editor's view of the Tamil daily - Malaysia Nanban dated 9th May.  To me, the various steps mentioned by the Deputy Education Minister to upgrade the fluency of English is nothing like having an English medium school.  English language is an asset left by the colonial British to us.  The English spoken by our younger generation of today is not so polished and fluent as the English spoken by the older generation  from the English medium schools in the 1960s early 70s.  Therefore, I strongly suggest to start back the medium of English schools and leave the choice of schools to the parents - which medium schools they prefer to send their children.

Friday 4 May 2012

SIASAT DAKWAAN SERANGAN POLIS TERHADAP WARTAWAN DENGAN ADIL


Harian ini terkejut dan membidas serangan keras polis terhadap wartawan dan juru gambar pada perhimpunan Bersih 3.0. Ini adalah kali pertama pihak polis mengadakan serangan terhadap polis.  Ia memuji  pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin untuk tubuh Jawatankuasa Siasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan wartawan tentang tindakan keras terhadap mereka semasa menjalankan tugas pada hari perhimpunan Bersih 3.0.  Ini adalah satu keputusan bijaksana dan berharap jawatankuasa akan bertindak secara bebas dan terbuka.   Harian ini mencadangkan supaya jawatankuasa tersebut dianggotai oleh ahli-ahli yang dipercayai dan dihormati rakyat dan berharap jawatankuasa bebas ini menjalankan siasatan dari semua aspek secara kepakaran.   Ia menggesa kerajaan supaya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap polis jika mereka salah.


KOMEN DARI LIDAH PENGARANG TAMIL NESAN BERTARIKH 4 MEI 

HORMATI ORANG MEDIA BAGI BENAR MEREKA JALAN TUGAS


Harian ini menyatakan dakwaan terhadap pihak polis yang bertindak keras ke atas wartawan dan juru gambar di perhimpunan Bersih 3.0 bukanlah satu perkara biasa tetapi ia dianggap satu perkara serius di negara bebas ini.  Wartawan dan juru gambar bukannya demonstran tetapi mahu menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.  Seperti polis membawa senjata masing-masing mereka(wartawan) membawa kamera dan alat rekod sebagai ‘senjata’ mereka.  
Harian ini menyenaraikan beberapa nama wartawan dan juru gambar termasuk juga juru gambar Makkal Osai yang membuat aduan polis berkaitan serangan polis dan tindakan keras yang dikenakan terhadap mereka semasa mereka menjalankan tugas mereka. 
Harian berharap Jawatankuasa Siasatan Bebas yang akan ditubuhkan oleh Kabinet untuk menyiasat keganasan yang tercetus pada perhimpunan Bersih akan menyiasat semua tuduhan dari pihak media massa tanpa diskriminasi dengan adil dan bebas.  Harian ini turut berkongsi perasaan wira media massa demi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka tanpa tekanan minda dan sebarang serangan.






BERITA INI  KOMEN DARI LIDAH PENGARANG MAKKAL OSAI BERTARIKH 4 MEI