Wednesday 23 October 2013

JANGAN UGUT KAMI - SIASAT ISU SCORPENE

PENGARAH EKSEKUTIF SUARAM E NALIN mendakwa pegawai-pegawau yang harus menyiasat isu rasuah kapal selam Scorpene, sedang mengugut dan mengganggu SUARAM.  Selain itu, kami  menasihat polis untuk menghentikan mengugut kami sebaliknya menggunakan masa dan kebolehan mereka untuk menumpaskan perbuatan jenayah di negara.



Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 6 Ogos 2013

SANGGUPKAH KAMALANATHAN PERSOAL TAN SRI MUHYIDDIN

Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran mencabarkan Timbalan Menteri Pendidikan, Kamalanathan sama ada beliau sanggup menggesa Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin bertelus dalam hal pengambilan pelajar di IPTA serta dapat mendedahkan butir-butir sepenuhnya berkaitan perkara itu?  Ini kerana ketiadaan satu ujian kemasukan awam dan kelayakan masuk yang berasas pada STPM dan Matrikulasi telah menjejaskan pelajar bukan Bumiputra, kata Kula.  Beliau berkata, pada bulan beberapa permohonan pelajar dengan keputusan cemerlang  untuk IPTA,telah ditolak.




Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 6 Ogos 2013

SISTEM KUOTA ATAU SISTEM MERITOKRASI?

Menteri Besar Johor, Tan Sri Mohd Khalid Nordin menggesau supaya menimbang dengan berhati-hati tentang cadangan permintaan masyarakat India untuk mengembalikan sistem kuota bagi pengambilan pelajar India di IPTA memandangkan mereka kecewa dengan sistem meritokrasi.  Beliau menggesa untuk mengkaji permintaan ini dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan mana-mana pihak.  Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan ulang tahun majlis gabungan pertubuhan India Johor di Hotel Hope di Skudai, semalam.

Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 5 Ogos 2013

JAWATANKUASA PARLIMEN UNTUK PANTAU PENGAMBILAN PELAJAR IPTA

Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran menggesa untuk menubuhkan jawatankuasa parlimen untuk memastikan pengambilan pelajar di IPTA berjalan dengan licin.  Jawatankuasa harus bebas dari perbezaan politik dan perlu diwakili oleh ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 5 Ogos 2013

MASA SUDAH SAMPAI UNTUK MENGURANGKAN KOS PERTAHANAN

Parti Gerakan menyatakan keputusan penilaian 'masa depan yang kontrovesi' yang diberi untuk Malaysia oleh Syarikat Penilaian Pitch merupakan satu amaran bagi negara untuk bangun dan berwaspada.  Ia mengumumkan masanya sudah sampai untuk mengurangkan belanja berjuta-juta ringgit yang tidak munasabah dalam bidang pertahanan, kata Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.



Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 3 Ogos 2013

BOLEHKAN TAMBAHAN AKTA BARU ATASI PENINGKATAN JENAYAH YANG MERISAUKAN?

Sejak enam bulan ini iaitu dari 1 April sehingga 31 Julai sebanyak 23 kejadian tembak-menembak telah berlaku.  Harian ini berkata, ini telah merisaukan dan mengancam keharmonian rakyat dan keselamatan negara.  Justeru, kerajaan telah mengumumkan untuk mengkaji semula Akta Pencegahan Jenayah 1959.  Adalah difahamkan yang terbabit dalam perbuatan ini adalah beberapa orang yang dibebaskan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini.  Oleh sebab itu pihak polis telah menggesa kerajaan untuk memperkenalkan satu akta baru untuk menggantikan Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Ordinan Darurat yang telah pun ditarik balik.   Tetapi, pihak kehakiman dan pihak ketua peguam negara  tidak bersetuju untuk mewujudkan akta baru ini.  Mereka berpendapat akta akan disalahgunakan serta akan melanggar hak asasi manusia.
Harian ini mempertikaikan sama ada perbuatan jenayah boleh diatasi dengan beberapa akta baru?  Ia menyatakan ada dua jenis penjenayah - satu kumpulan penjenayah yang akan menyedari kesalahan sama ada besar atau kecil dan mengubah diri dan tidak akan mengulangi kesalahan.  Dan selagi penjenayah yang meskipun telah banyak kali dimarahi dan dihukum akan terus melakukan jenayah.   Jadi, polis dengan kebolehan mereka perlu membahagikan dua kumpulan ini - penjenayah bertaubat dan penjenayah yang tidak mahu berubah.   Dan dalam keadaan ini akta pencegahan jenayah baru yang dicadangkan oleh polis boleh diamalkan.




Berita ini adalah lidah pengarang yang dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 2 Ogos 2013

RESTORAN INDIA JADI SASARAN TETAPI TIADA DISKRIMINASI TERHADAP RESTORAN WARGA ASING

Persatuan Pengguna Klang melemparkan soalan mengapa Jabatan Kesihatan Daerah yang membuat pemeriksaan kesihatan sering mensasarkan restoran-restoran India di Kelang Selatan manakala melepaskan restoran-restoran warga asing di Klang Utara. Pengerusi persatuan, Devadas Anjan berkata, restoran-restoran di Jalan Pos Baru dan Lorong Kepayang di Kelang Utara yang diuruskan oleh warga asing berada dalam keadaan kotor.



Berita ini dilaporkan di akhbar Malaysia Nanban pada 2 Ogos 2013

GURU YANG TIDAK MAHU MENGAJAR

Semasa kata-kata berbaur perkauman disasarkan kepada  pelajar maka terdapat kes seorang guru Islam yang ditempatkan mengajar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sebuah sekolah Tamil di Sungai Siput dari Tahun Satu sehingga tahun Enam tidak mahu mengajar dan bertindak sesuka hati. Guru tersebut mengambil dua hari cuti dalam semingga dan datang lambat pada baki tiga hari.  PIBG sekolah telah membawa perkara itu pada perhatian pengetua sekolah dan pengetua sekolah telah pun melaporkan hal itu kepada Jabatan Pelajaran Daerah.  Tetapi sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil terhadap guru tersebut. Ibu bapa langsung tidak puas hati dalam perkara ini.  Mereka melemparkan soalan sama ada pihak pelajaran akan berdiam diri jika seorang guru India bersikap demikian di sekolah kebangsaan?  


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 2 Ogos 2013

PELAN PENDIDIKAN BARU - BAHASA IBUNDA DALAM BAHAYA

Penasihat Yayasan Tamil, peguam Arumugam berkata satu wawancara di unit Tamilosai, BBC London berkata Pelan Pembangunan Pendidikan  2013-2025 yang diperkenalkan di Malaysia mempunyai motif dalaman untuk membunuh pendidikan bahasa ibunda. Aktivis-aktivis Cina dan pencinta-pencinta bahasa Tamil berkata pelan pendidikan baru ini akan menjejaskan bahasa ibunda dan budaya golongan minoriti yang tinggal di Malaysia.  Menerusi pelan ini waktu pembelajaran bahasa Tamil di sekolah-sekolah Tamil akan dikurangkan berperingkat-peringkat dan begitu dengan bahasa Cina.  Dan jika keadaan ini diteruskan maka sekolah-sekolah Cina dan Tamil akan lenyap dalam masa 10 tahun. Dan bermula dari darjah empat kerajaan mahu memperkenalkan satu sistem pembelajaran Bahasa Malaysia yang sama di sekolah-sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil. Arumugam turut mendakwa kerajaan Barisan Nasional tidak pun berbincang tentang pelan dengan parti-parti komponen lain untuk mendapatkan pandangan mereka.


Berita ini adalah petikan rencana dari akhbar Thina Kural bertarikh 2 Ogos 2013

SISTEM PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA DI SEKOLAH VERNAKULAR

Harian ini berpendapat pandangan kedua-dua pihak ini lojik.  Tetapi, ia bertanya jika sekolah-sekolah Cina yang mempunyai segala kemudahan mendapati satu sistem pembelajaran Bahasa Malaysia akan menimbulkan masalah bagi pelajar, maka bagaimana pula dengan pelajar-pelajar sekolah Tamil yang menghadapi kekurangan kemudahan.  Menurut harian, masalah ini bukan masalah perkauman namun ia adalah masalah bahasa.  Justeru,  Kementerian Pelajaran harus mengkaji pelan itu dengan lebih mendalam dan meluas lagi dan mengambil keputusan yang boleh diterima oleh semua pihak.

Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 1 Ogos 2013