Friday 21 June 2013

USHA UNTUK TUKARKAN AGAMA DI KALANGAN PELAJAR HINDU




Ketua Persatuan Hindu Sangam daerah Mambau, Muthusamy mendakwa terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah melibat dalam tindakan menukarkan agama di kalangan pelajar-pelajar Hindu sekolah menengah di Mambau.   Ekoran persatuan tersebut  menerima aduan dari penduduk kawasan itu maka ia(persatuan) menyiasat dan mendapati ianya adalah benar.   Mereka memberi amaran bahawa pelajar-pelajar perlu diselamatkan daripada perbuatan yang tidak diingini ini.   Beliau berkata demikian semasa berucap pada mesyuarat tahunan persatuan yang ke-6 di Dewan Kuil Sri Murugan, Mambau.


Berita di atas dilaporkan di akhbar Malaysia Nanban pada 7 Mach 2013

DAPATKAH Malaysia TERIMA DAN MENGAMALKAN AKTA ANTARABANGSA PENGHAPUSAN DISKRIMINASI KAUM


Beberapa badan sosial  melibat dalam satu usaha untuk peroleh tandatangan 10,000 orang untuk menggesa kerajaan melaksanakan Akta Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum yang menghapuskan perbezaan semua jenis kaum.   Mereka memutuskan untuk mengemukakan memorandum tandatangan ini kepada Perdana Menteri.  Akta ini didrafkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  175 negara telah mengamalkan akta tersebut manakala 17 tidak mengamalkan akta.  Malaysia merupakan satu negara di antara 16 negara yang tidak mengamalkan akta itu, kata penyelaras Pusat Komunikasi Sosial, Lena Henry.


Harian ini menyatakan dasar ‘1Malaysia’  disifatkan satu usaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum secara tidak langsung tetapi jika Malaysia mengamalkan Akta Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum maka tindakan itu merupakan satu dasar yang telus.


Berita di atas adalah ruangan lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban pada 7 Mach 2013

CARI PENYELESAIAN KEKAL UNTUK MASALAH GURU SEMENTARA



Presiden MIC, Datuk Seri Palanvel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah pun menggesa Menteri Pelajaran untuk menawarkan latihan kepada semua guru sekolah-sekolah Tamil yang layak, di kolej-kolej latihan.   Harian ini menyatakan masalah bukan satu masalah yang berterusan setiap tahun.  Diharapkan dengan campur tangan menteri Palanivel maka masalah ditamatkan pada tahun ini.    Kementerian Pelajaran perlu mengambil kira bahawa sebelum itu masalah itu telah dibangkitkan oleh Datuk Seri Palanivel) di persidangan kabinet.  Justeru itu,  harian ini berharap Kementerian Pelajaran tidak akan menghadapi sebarang masalah terhadap perkara dan jika menghadapi masalah pun ia(Kementerian Pelajaran) boleh mencari jalan untuk mengatasi dalam cara sendirinya.


Berita ini adalah ruangan lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban pada 6 Mach 2013

PERLU ‘BERPERANG’ UNTUK PEROLEH PENYELSAIAN SEKOLAH TAMIL?



Para ibu bapa dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan piket protes terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Haji Mohamad Fuad kerana beliau tidak menunaikan janjinya untuk memberi peruntukan RM100,000 bagi penambahbaikan SRK(T) Jalan Tajol, Kota Tinggi.   Beliau berjanji empat setengah bulan dahulu untuk memberi peruntukan itu dengan segera semasa beliau melawat dan melihat dengan sendirinya keadaan teruk sekolah tersebut.   Mengapa pula tiap-tiap kali ibu bapa perlu mengadakan ‘perang’ untuk menyebabkan kerajaan mengambil tindakan terhadap masalah-masalah sekolah Tamil. (pg 3)


Berita ini dilaporkan pada akhbar Malaysia Nanban pada 5 Mach 2013

PENCEROBOH DI DEPAN; YANG MENGGALAKKAN PENCEROBOHAN DI BELAKANG


Harian ini menyatakan keadaan di Sabah Timur kini telah menjadi rusuhan dan ini amat merisaukan.   Harian ini menyatakan kerajaan perlu menjelaskan pada beberapa tanda tanya yang kini timbul berkaitan latar belakang yang mencetuskan insiden ini.
Bagaimana penceroboh-penceroboh dari Filipina boleh melepaskan diri dari perhatian polis dan tentera laut dan mencerobohi Lahad Datu?   Itu pun dengan membawa rifle -16.  Jika peronda-peronda laut kata mereka tidak tahu maka ia adalah satu cerita.   Harian ini mempertikaikan mengapa kerajaan perlu melewatkan untuk mengambil tindakan sehingga mengorbankan 8 orang tentera?   Tetapi menurut harian ini satu perkara sangat jelas iaitu pencerobohan ini bukan dirancangkan dalam satu dua hari tetapi telah mengambil banyak hari untuk merancangnya.
Sehubungan dengan peristiwa yang berlaku dengan tiba-tiba maka adalah diragui dengan jelas terdapat pihak-pihak tertentu di belakangnya, di Filipina dan di Malaysia yang menggalakkan perbuatan ini yang dilaporkan oleh satu akhbar Filipina.    Harian ini memuji kedua-dua kerajaan yang bertindak untuk mengetahui kebenaran maklumat itu.  Tetapi harian ini mahu kedua-dua kerajaan mengambil tindakan serta-merta untuk menumpaskan penceroboh-penceroboh dahulu sebelum membuat penyiasatan untuk mengetahui siapakah punca pada rusuhan itu.


Berita di atas adalah ruangan  lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban pada 5 Mach 2013