Thursday 13 December 2012

LONGGARKAN SEKATAN PADA MASALAH ORANG INDIA TIDAK NEGARA


Senator Ramakrishna menggesa melonggarkan sekatan-sekatan yang dikenakan pada orang-orang India tiada negara yang tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil lahir semasa mereka membuat permohonan kewarganegaraan.  Beliau menyoalkan bagaimana pula peniaga-peniaga warga Indonesia dan Bangladesh diberi kewarganegaraan dan kad pengenalan biru dengan mudah?    Ketua Biro Perhubungan Kelab Penyokong PAS, Maniam juga mengumumkan bayi-bayi yang baru dilahirkan  serta kanak-kanak zaman sekarang menghadapi masalah berkaitan sijil lahir dan kad pengenalan.

comment-  This is continuous plight of Indians being stateless in their own country, Malaysia until today.  But foreign workers from Indonesia, Pakistan and Bangladesh of yesteryears working in Malaysia are easily given citizenship

Wednesday 12 December 2012

RATUS RIBUAN AHLI KELUARGA AKAN TERJEJAS


Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman  meminta kerajaan agar 50,000 kakitangan berstatus kontrak di seluruh negara yang bakal tamat perkhidmatan mereka pada 31 Disember disambung semula.   Beliau menyatakan hanya sesetengah agensi kerajaan memutuskan untuk menyambung kontrak manakala beberapa lagi agensi enggan berbuat demikian.
Harian ini menyeru kerajaan untuk menimbang kenyataan Datuk Omar yang mengumumkan jika kontrak kakitangan berstatus kontrak tidak disambungkan ia bermaksud 50,000 orang akan kehilangan pekerjaan.  Dan 50,000 kakitangan bermaksud ratus ribuan ahli keluarga mereka yang bergantung pada pendapatan mereka akan terjejas.  Justeru itu harian ini menyeru kerajaan supaya menimbang keadaan ahli-ahli keluarga tersebut dan mengambil keputusan baik untuk menyambut kontrak 50,000 kakitangan berkenaan.


KOMEN - Artikel ini adalah lidah pengarang harian Malaysia Nanban, bertarikh 13/12.   Dengan mengambil kira manfaat kakitangan kontrak dan memegang pada slogan ' rakyat didahulukan maka kerajaan perlu menyambung kontrak mereka.

Tuesday 11 December 2012

KAMI MAHU BILANGAN YANG BENAR?


Kekecohan timbul selepas Perdana Menteri mengumumkan di Perhimpunan Perwakilan MIC yang ke-66 baru-baru ini bahawa hanya 9,000 orang India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menafikan dengan tegasnya tuntutan pembangkang yang menyatakan 300,000 orang India adalah tiada negara.  Tetapi,  sejak program MyDaftar bermula, pembangkang sedang menegaskan 300,000 orang India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Kini, tanda tanya timbul di kalangan ramai mana yang benar?  Apakah bilangan sebenarnya orang yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri?  9,000 atau 300,000.   Harian ini mempersoalkan mengapa pembangkang tidak tampil menunjuk bukti bahawa 300, 000 orang tiada negara seperti dicabar oleh pihak kerajaan?
 Itu bukan satu perkara yang mudah untuk dibuktikan dengan butir-butir statistik.  Harian ini menyeru pada semua orang yang tiada negara yang tersembunyi di negara supaya tampil dan mendaftar diri mereka di pejabat-pejabat pendaftaran(JPN) di seluruh negara.  Harian ini juga menggesa pihak-pihak yang menyebutkan 300,000 tiada negara untuk mengenal pasti dan memastikan bilangan itu dan membantu mereka.


COMMENT- This news is reported in the editor's column of the Tamil daily, Malaysia Nanban dated 12/12