Tuesday 19 March 2013

12 SUBJEK DALAM SPM – BERI JAMINAN



Pengerusi National Indian Action Team(NIAT), Datuk Haji Tasleem berkata sejak beberapa hari yang lalu, isu hangat yang sekali timbul di kalangan masyarakat India ialah keraguan sama ada subjek-subjek bahasa Tamil dan sastera Tamil  akan dimasukkan dalam SPM.   Ekoran ombak bantahan yang tercetus di seluruh negara maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pada majlis bersama rakyat di Meru, Klang pada 17 Mach bahawa bahasa Tamil dan sastera  Tamil akan dimasukkan dalam SPM.  
Datuk Haji Tasleem menyambut baik pengumuman itu tetapi pada masa yang sama beliau berharap ia tidak setakat pengumuman pilihan raya saja.  Beliau berkata pemimpin-pemimpin suka membuat pelbagai pengumuman semasa bersama rakyat tetapi tidak mengambil tindakan selanjutnya.    Tasleem berkata, berikutan pengumuman tersebut, apabila dihubungi pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Pelajaran, mereka berkata pihak mereka tidak menerima sebarang kenyataan dan mereka tidak tahu tentang perkara itu. (PG 1)


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural bertarikh 20 Mach.

ADAKAH RUANG UNTUK PERTUMBUHAN BAHASA TAMIL DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN



Harian ini menyatakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 adalah satu rancangan  yang dilaksanakan kerajaan untuk meninggikan sistem pelajaran semua jenis sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.   Dengan ini pelan draf pelajaran disasarkan untuk memastikan pencapaian sekolah-sekolah Malaysia bersamaan dengan taraf dunia, kata Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin.   Meskipun harian ini menyambut baik bahawa sekolah-sekolah Tamil juga termasuk dalam rancangan pembangunan ini namun tanda tanya telah timbul di kalangan masyarakat India yang bertanya-tanya sama ada rancangan pembangunan untuk sekolah-sekolah Tamil dimasukkan secara telus dalam Pelan Pembangunan tersebut?   Harian ini berpendapat tiada rancangan khas disebutkan untuk perkembangan sekolah-sekolah Tamil serta bahasa Tamil dalam pelan tersebut.

Harian ini menyatakan walaupun pelajar-pelajar dibenarkan mengambil 12 subjek dalam SPM termasuk bahasa Tamil dan sastera Tamil maka ia mempertikaikan tentang penggredan bahasa Tamil dan sastera Tamil. Sama ada ia dimasukkan dalam sijil?   Sama ada ia dipertimbangkan untuk kemasukan universiti?  Sama ada ia dipertimbangkan  semasa membuat permohonan biasiswa atau pinjaman PTPTN dan sebagainya?    Jika pengiktirafan sedemikian dibuat untuk bahasa Tamil barulah boleh dikatakan Pelan Pembangunan Pendidikan membantu dalam perkembangan bahasa Tamil.(pg 2)

Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 18 Mach


GAGAL PEROLEH KERAKYATAN TETAP KERANA TIDAK FASIH DALAM BAHASA MELAYU




Warga mas, Palaniamma, 79, yang memegang kad pengenalan merah mengadu pada Persatuan Pengguna Klang  bahawa permohonan beliau untuk peroleh kerakyatan telah ditolak kerana beliau tidak fasih dalam bahasa Melayu semasa ditemudagai.   Palaniamma telah bekerja sebagai pekerja ladang di Pulau Carey selama 50 tahun.   Beliau membuat permohonan untuk kad pengenalan biru di pejabat Pendaftaran Shah Alam pada 24 Mach 2011 dan menerima surat dari pejabat pendaftaran itu pada Oktober 2012 yang menyatakan beliau tidak layak peroleh status kerakyatan tetap kerana tidak fasih dalam bahasa Melayu.  


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 15 Mach

Wednesday 13 March 2013

MANA IDENTITI UNTUK BAHASA TAMIL?



Penganalisis politik,  Badasan mengulas tentang peranan masyarakat India yang pernah disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib di TV3 bahawa kerajaan mengiktiraf sumbangan masyarakat India yang telah mewujudkan Malaysia sebagai negara utama di dunia yang mengeluarkan getah.   Begitu sahaja beliau(PM) pernah menyebut tentang sumbangan dan kerja keras yang disumbangkan oleh masyarakat India.
Kini, penulis ini mempertikaikan mengapa bekas-bekas pekerja India yang terpaksa dikeluarkan dari ladang-ladang selepas kerajaan dan syarikat-syarikat membeli ladang-ladang berkenan dan berhijrah ke kawasan bandar, tidak ditawarkan rancangan-rancangan khas untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan seperti yang dilakukan sekarang pada pekerja ladang? 
 Selagi perkara  yang dipersoalkan oleh penganalisis politik ini ialah pembelajaran bahasa Tamil di negara ini?    Beliau  berkata masalah kekurangan guru-guru untuk mengajar bahasa Tamil di sekolah-sekolah menengah sedang menghalangkan pelajar-pelajar sekolah Tamil belajar bahasa Tamil dan dengan ini akan menjejaskan peluang mereka untuk menduduki subjek-subjek bahasa Tamil dan sastera Tamil di SPM dan SPTM.   Kedua-dua peperiksaan ini menjadi ‘jambatan’  untuk masuk ke universiti dan ini bermaksud penggredan markah ke universiti boleh terjejas bagi pelajar-pelajar India.
Penganalisis ini menggesa kerajaan untuk mengekalkan kebenaran untuk membolehkan pelajar-pelajar India mengambil 12 subjek di SPM.  Dengan berbuat maka baru ia bermaksud kerajaan telah mengiktiraf sumbangan dan kerja keras ke negara.


This article is the summarized article from Malaysia Nanban daily, dated 14 March

Tuesday 5 March 2013

PERLU ‘BERPERANG’ UNTUK PEROLEH PENYELSAIAN SEKOLAH TAMIL?



Para ibu bapa dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan piket protes terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Haji Mohamad Fuad kerana beliau tidak menunaikan janjinya untuk memberi peruntukan RM100,000 bagi penambahbaikan SRK(T) Jalan Tajol, Kota Tinggi.   Beliau berjanji empat setengah bulan dahulu untuk memberi peruntukan itu dengan segera semasa beliau melawat dan melihat dengan sendirinya keadaan teruk sekolah tersebut.   Mengapa pula tiap-tiap kali ibu bapa perlu mengadakan ‘perang’ untuk menyebabkan kerajaan mengambil tindakan terhadap masalah-masalah sekolah Tamil. 


Komen:- Mengapa sekolah-sekolah terus dipinggirkan?  Berita di atas dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 5 Mach

PENCEROBOH DI DEPAN; YANG MENGGALAKKAN PENCEROBOHAN DI BELAKANG



Harian ini menyatakan keadaan di Sabah Timur kini telah menjadi rusuhan dan ini amat merisaukan.   Harian ini menyatakan kerajaan perlu menjelaskan pada beberapa tanda tanya yang kini timbul berkaitan latar belakang yang mencetuskan insiden ini.
Bagaimana penceroboh-penceroboh dari Filipina boleh melepaskan diri dari perhatian polis dan tentera laut dan mencerobohi Lahad Datu?   Itu pun dengan membawa rifle -16.  Jika peronda-peronda laut kata mereka tidak tahu maka ia adalah satu cerita.   Harian ini mempertikaikan mengapa kerajaan perlu melewatkan untuk mengambil tindakan sehingga mengorbankan 8 orang tentera?   Tetapi menurut harian ini satu perkara sangat jelas iaitu pencerobohan ini bukan dirancangkan dalam satu dua hari tetapi telah mengambil banyak hari untuk merancangnya.
Sehubungan dengan peristiwa yang berlaku dengan tiba-tiba maka adalah diragui dengan jelas terdapat pihak-pihak tertentu di belakangnya, di Filipina dan di Malaysia yang menggalakkan perbuatan ini yang dilaporkan oleh satu akhbar Filipina.    Harian ini memuji kedua-dua kerajaan yang bertindak untuk mengetahui kebenaran maklumat itu.  Tetapi harian ini mahu kedua-dua kerajaan mengambil tindakan serta-merta untuk menumpaskan penceroboh-penceroboh dahulu sebelum membuat penyiasatan untuk mengetahui siapakah punca pada rusuhan itu.


Berita adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 5 Mach

Friday 1 March 2013

KAUM INDIA TERUS DIPINGGIRKAN



Pengumuman Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum,  Presiden PAS, Datuk Ser Hadi Awang dan Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang akan dilantik sebagai timbalan-timbalan perdana menteri, telah menimbul kejutan penyokong-penyokong India Pakatan Rakyat.   Apabila soalan ini dibangkitkan semasa dialog dengan akhbar-akhbar Tamil sama ada kaum India akan diperuntukkan jawatan timbalan perdana menteri,  Datuk Seri Anwar tidak memberi satu jawapan yang tepat.  Tetapi kini telah jelas dengan  pengumuman Anwar bahawa Hadi Awang atau Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.    
Harian ini mempersoalkan mengapa kaum India terus dipinggirkan baik di Barisan Nasional dan kini di Pakatan Rakyat?  Sedangkan Datuk Seri Anwar menyatakan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan politik berasas perkauman sebaliknya pada semuanya adalah pada asas rakyat Malaysia?  Mengapa jawatan timbalan perdana menteri tidak diperuntukkan pada Presiden DAP, Karpal Singh iaitu pada asas rakyat Malaysia?    Harian ini menggesa masyarakat India untuk berfikir-fikir tentang kedudukan mereka. 


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban, bertarikh 2 Mach