Tuesday 27 November 2012

PERJUANGAN HAK 800,000 HAK PEKERJA LADANG


Ketua Hindu Rights Action Force (Hindraf), Waythamoorthy mengumumkan seramai 800,000 orang India telah keluar dari ladang-ladang semasa ladang-ladang diambil untuk projek pembangunan.   Hindraf sedang menyuarakan demi hak-hak 800,000 orang ini.  Menurut Waythamoorthy berkata, jika mereka diberi tanah semasa dikeluarkan taraf hidup mereka telah pun dijamin.
 Apabila kaum India dibawa untuk bekerja di ladang-ladang getah perjanjian pernah dibuat bahawa mereka akan diperuntukkan 5 ekar tanah seseorang selepas bekerja 2 tahun dan Waythamoorthy mempunyai bukti.  Hindraf menggesa untuk mewujudkan rancangan khas penempatan tanah seperti Felda dan Felcra untuk orang-orang India.


comments-  This news was reported in the Tamil daily, Makkal Osai dated 28 Nov.  Hope the government will see into the sympathetic situation of the former estate folks who were 'chased'  out of the estate give way for development projects.

Monday 26 November 2012

MENGABAIKAN PEKERJA TEMPATAN DAN BERI KEUTAMAAN PADA PEKERJA ASING?

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang(NUPW), Datuk G. Sankaran membidas perbuatan tidak mengambil pekerja tempatan sebaliknya mengambil pekerja asing. Beliau berkata, kebajikan pekerja tempatan sangat penting dan mereka tidak harus diabaikan.  Beliau membidas tindakan majikan Ladang Lubok Sekinta, Kuala Ketik yang telah menghentikan  kerja 29 penoreh getah tempatan dengan tiba-tiba dan mengambil pekerja asing secara kontrak.


comment- This news is from the Tamil daily, Thina Kural dated 26 Nov.  This is injustice done  to our local workers.  Hope our government especially the Human Resource Ministry will look into this matter seriously and take action on such employers.  The government should look into the welfare of its citizens first - 'rakyat didahulukan'.

KEADAAN SEDIH PELAJAR-PELAJAR STPM YANG MENGAMBIL KERTAS BAHASA TAMIL


Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran terkejut apabila diberitahu oleh bahagian pelajaran Pemuda MIC bahawa pelajar-pelajar STPM tahun ini yang menulis mata pelajaran bahasa Tamil STPM berasas pada sukatan pelajaran yang tidak diluluskan oleh lembaga tersebut dan Kementerian Pelajaran.  Pelajar-pelajar telah menulis peperiksaan berasas pada panduan buku model STPM yang dikeluarkan oleh swasta.  

Nampaknya, pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan yang mereka tidak pernah belajar dan justeru tidak sanggup menjawab seperti yang dikehendaki.Jadi apakah status pelajar-pelajar  STPM yang mengambil kertas bahasa Tamil pada tahun ini?   Semasa  bahagian pelajaran Pemuda MIC peroleh penjelasan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia lembaga tersebut seolah-olah tidak bertanggungjawab dan menyatakan bahawa ia telah pun mengeluarkan model sukatan pelajaran bahasa Tamil STPM menerusi laman web.

Harian ini mempertikaikan penjelasan lembaga tersebut dengan melemparkan soalan sama ada model sukatan pelajaran  dikeluarkan dalam laman web pada awal-awal tahun lagi?   Dan adakah lembaga peperiksaan mengumumkan ini kepada pelajar-pelajar khususnya yang mengambil kertas bahasa Tamil?

Harian ini  menyeru Lembaga  Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran supaya menimbangkan kedudukan pelajar-pelajar malang ini dan tidak mengenakan ketidakadilan pelajar-pelajar ini.    Sebaliknya mencari satu penyelesaian seperti mengurangkan peratusan markah untuk kertas bahasa Tamil STPM pada
tahun.

Comment - This information is taken from the editor's column of Tamil daily, Malaysia Nanban dated 26 Nov.  Hope the Education Ministry will consider the sympathetic situation of these students and find a solution. 

Thursday 22 November 2012

SYARIKAT PEMAJU CEROBOHI TANAH SEKOLAH TAMIL CASTLEFIELD


Ahli-ahli lembaga SRK(T)Ladang Castlefield, PIBG sekolah dan Guru Besar sekolah membidas tindakan Syarikat Pasarana yang mengendali projek LRT, pegawai-pegawai polis dan pengubal undang-undang yang cerobohi sekolah itu dengan tiba-tiba pada pukul 7.30 pagi.   semalam.  Meskipun, guru besar sekolah halang kemasukan mereka namun mereka tetap masuk ke perkarangan sekolah, kata ketua lemabga sekolah, Nagamuthu.  Ahli-ahli MIC, PPP dan DAP telah berkumpul bersama-sama untuk protes tindakan itu.
Nampaknya syarikat itu mahu melaksanakan projek LRT di kawasan sekolah tersebut tanpa memenuhi janji yang dibuat pada 2009 untuk memberi tanah alternatif


comment- Tamil schools are continuously being victimized. This news was reported in the Tamil daily, 
                 Malaysia Nanban on 22nd Nov.

TAHNIAH KEPADA GURU-GURU SEKOLAH TAMIL


Harian ini mengulas tentang keputusan UPSR pelajar-pelajar sekolah Tamil.   Bilangan pelajar sekolah Tamil yang peroleh 7A dalam semua mata pelajaran turun pada tahun ini berbanding tahun lepas.   Tetapi harian ini menggesa ibu bapa dan masyarakat India supaya jangan merisau sangat pada perkara ini.  Ini kerana, bukan sahaja sekolah-sekolah Tamil bahkan pada peringat keseluruhan semua sekolah, bilangan pelajar-pelajar UPSR  tidak mencatat A dalam semua mata pelajaran.    Tetapi apa yang menggembirakan ialah peningkatan bilangan pelajar sekolah Tamil yang peroleh kelulusan sepenuhnya dalam semua mata pelajaran.


komen-  Ibu bapa diperingatkan supaya jangan fokus sangat untuk peroleh 'A' dalam semua mata pelajaran dan sering memberi tekanan pada anak-anak dalam hal ini.   Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikah 2l Nov.

Sunday 18 November 2012

JANGAN SIARKAN PROGRAM KEMPEN PERTUKARAN AGAMA


Free Malaysia Today mengumumkan aduan polis dibuat terhadap Radio Minnal FM kerana telah menyiarkan program temubual dengan Moulana Rajaguru Mohamad Sadik pada hari Khamis.  Beliau adalah seorang Hindu dari kasta Brahmin dari Tamil Nadu, India kini memeluk Islam telah membuat lawatan khas ke Malaysia.  Semasa temubual beliau telah memperkecilkan agama Hindu dan mengagungkan Islam.
Peguam Suaram, Arumugam membidas Radio Minnal sekali mengulangkan kesalahan seperti.


Comment - This new was reported in Tamil Daily, Malaysia Nanban dated 16 November.

BIDAS PROGRAM DI RADIO MINNAL FM

Setiausaha Agung Majlis Besar Dharma Malaysia, Rishi Kumar Vadivelu membidas satu program yang disiarkan pada malam Khamis, 9 November di radio Minnal FM.  Program itu adalah mengenai temubual seorang warga asing seorang bekas Hindu dari kasta Brahmin yang kini telah memeluk agama Islam.  Orang berkenaan telah menghina agama Hindu dan mengagung-agungkan agama Islam.  Rishi Kumar berkata, mereka tiada halangan jika orang berkenaan mahu mengagung-agungkan Islam tetapi mengutuk perbuatan menghina agama Hindu.  Beliau menggesa pihak radio Minnal FM supaya jangan menyiarkan program sedemikian.


comments -   This news was reported in the Tamil daily, Malaysia Nanban dated 10 November.  Radio Minnal should be sensitive to the feelings and must not broadcast this kind of programs.

Monday 12 November 2012

PENDEKATAN PM SATU TANDA BAIK


Menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak bersedia berjumpa semua pertubuhan India termasuk Hindu Rights Action Force(Hindraf) yang tidak puas hati terhadap kerajaan.

Harian ini menyatakan pendekatan Perdana Menteri untuk mendengar sungutan masyarakat adalah satu tanda baik dan meyakinkan.
Tetapi,  pengerusi Hindraf Waymoorthy telah mengenakan syarat untuk menggugurkan  pengharaman yang dikenakan terhadap Hindraf jika Perdana Menteri mahu berjumpa Hindraf.


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Tamil Malaysia Nanban bertarikh 9 Nov 2012

APAKAH STATUS 7,000 PELAJAR INDIA SETIAP TAHUN?

Pengarah Yayasan Myskill, peguam Pasupathi sangat risau terhadap 7,000 pelajar India yang tercicir pelajaran.   Menurut beliau statistik menunjukkan 35,000 pelajar India mendaftar di sekolah untuk tahun satu setiap tahun tetapi hanya 28,000 menduduki peperiksaan SPM.   Dan hanya 500-600 diberi peluang menyertai latihan kemahirkan yang ditawarkan oleh kerajaan.


This article is from a Tamil daily, Thina Kural dated 12 Nov 2012

Friday 2 November 2012

NASIHAT TPM KEPADA GURU-GURU TADIKA


Harian ini merujuk pada kenyataan Timbalan Perdana Menteri(TPM) yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengumumkan hanya 3% guru di sekolah-sekolah tadika adalah layak untuk mengajar di sekolah-sekolah tadika.   Jika meneliti kenyataan TPM secara dalam maka adalah disahkan bahawa lebih 90% guru-guru sekolah tadika swasta tidak mempunyai kelayakan untuk  mengajar secara sempurna.  Adalah dianggarkan ibu bapa membelanja dari RM3,000 – RM4,500 setahun untuk kanak-kanak berusia 5 tahun yang belajar di sekolah-sekolah tadika swasta.  Tetapi adakah kanak-kanak mereka peroleh pendidikan yang dijangkakan berasas pada kos pelajaran itu?

Sehubungan dengan perkara ini,  Muhyiddin Yasin berkata Kementerian Pelajaran mengambil tindakan untuk mengadakan latihan percuma tiga minggu untuk guru-guru tadika sekolah swasta.    Bukan itu sahaja,  Menteri Pelajaran juga menggesa guru-guru tadika untuk peroleh sekurang-kurangnya diploma dalam bidang pelajaran tadika.


Petikan ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 2 nov 2012