Monday 21 January 2013

JANGAN POLITIKKAN PELAJARAN IA AKAN MENJEJASKAN MASA DEPAN NEGARA


Harian ini menarik perhatian pada kenyataan Perdana Menteri yang menyeru semua pihak supaya jangan politikkan bidang pelajaran.  Meskipun saranan ini dilemparkan untuk menyedarkan rakyat Kelantan yang diperintah oleh kerajaan PAS namun saranan adalah untuk sesuai untuk semua pihak.

Memandangkan Perdana Menteri menitikberatkan supaya jangan mempolitikkan bidang pelajaran maka harian mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan status perjanjian guru-guru sementara sekolah Tamil manakala guru-guru sementara sekolah Cina di perjanjian yang sama telah dimasukkan dalam kategori tetap.  Tiada perbezaan di antara pendidikan Cina, pendidikan Tamil dan Melayu.  Tidakkah harus guru-guru sekolah Tamil diterima sebagai guru tetap.  

Sekiranya MIC membangkitkan isu ini ia akan didakwa MIC membawa isu perkauman dan jika pembangkang membangkitkan isu ini akan didakwa mereka mempolitikkan isu ini.  Jadi bagaimana perkara ini boleh diatasi.    

Harian ini berharap pegawai-pegawai pihak pelajaran akan mengambil perhatian pada kenyataan PM yang tidak mahu bidang pelajaran dipolitikkan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menetapkan guru-guru sementara sekolah Tamil.

Berita ini dipetik dari akhbar Malaysia Nanban bertarikh 22 Januari 2013

DAPATKAH MASALAH ORANG TIADA NEGARA DIATASI?


Harian ini mempertikaikan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang menyatakan peruntukan status kewarganegaraan oleh Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman kepada pendatang sebelum negara peroleh merdeka adalah salah manakala peruntukan kewarganegaraan kepada pendatang Sabah yang tinggal di situ lebih 20 tahun adalah tidak salah. Pandangan Tun Mahathir harus dikaji dengan dalamnya kerana Tuanku memberi kewarganegaraan secara terbuka manakala Mahathir tidak memberi kewarganegaraan kepada pendatang Filipina di Sabah secara terbuka.

Sehubungan itu, harian ini menyatakan kenyataan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC yang juga pengarah strategi MIC, Velpari yang berkata, seperti tuntutan Mahathir yang menyatakan kewarganegaraan diberi kepada pendatang di Sabah yang bertinggal di situ sejak 20 tahun maka orang India yang tiada negara dan yang lahir di negara dan bertinggal di situ lebih 20 tahun harus juga diberi kewarganegaraan, harus dikaji secara dalamnya.

Mengapa Tun Mahathir memberi kewarganegaraan kepada pendatang Filipina pada pemerintahan beliau?  Untuk peroleh undi mereka?  Untuk tunjuk kuasa pengaruhnya kepada orang asing?  Atau untuk sebab lain?
Velpari amat sedih masalah orang India tiada negara di Malaysia belum diselesaikan.   Beliau mencadangkan untuk tubuh pengampunan  dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh semua penduduk-penduduk negara ini yang tiada negara.


comment- Berita dipetik dari Lidah Pengarang,  akhbar Malaysia Nanban bertarikh 21 January

Tuesday 8 January 2013

TIADA CUTI UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL SEMPENA PERAYAAN PONGGAL?


Ponggal yang merupakan satu perayaan istimewa untuk orang-orang Tamil pada tahun ini jatuh pada 14 Januari hari Isnin.  Setiap tahun Kementerian Pelajaran memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah Tamil untuk mengumumkan cuti pada hari Ponggal.  Sehingga tahun lalu amalan membenarkan pengurusan sekolah-sekolah untuk mengumumkan tiga hari cuti khas bagi perayaan keagamaan, telah dipatuhi.   Tetapi kenyataan baru yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran yang melarangkan sekolah-sekolah Tamil memberi cuti untuk hari Ponggal pada tahun ini telah timbul kekecewaan dan kesedihan di kalangan orang India,  kata ketua MIC bahagian Sungai Petani, T.H. Subra.    Perbuatan kerajaan seolah-olah tidak peka pada perasaan masyarakat India serta bertentangan konsep 1Malaysia
Justeru itu, harian menyeru Kementerian Pelajaran untuk menimbang semula arahannya dan membenarkan sekolah-sekolah Tamil mengumumkan cuti pada hari perayaan Ponggal bukan saja pada tahun ini tetapi pada tahun-tahun akan datang.


comment- This news is the editor's column of Tamil daily, Malaysia Nanban dated 9th January.  
Why is the Indian community, Tamil schools and Tamil language is continously being marginalized in this country?

MESKIPUN PAMPASAN DIBERI TETAPI BELUM DITERIMA OLEH WARIS?


Pada Jumaat lalu Kedutaan Jepun di Malaysia mengumumkan bahawa kerajaan Jepun telah pun membayar pampasan untuk 30,000 rakyat Malaysia yang maut dalam tragedi Landasan Kereta Api Siam ke Burma Tahun 1942-1946 kepada kerajaan Malaysia.    Setiausaha kedua kedutaan Jepun, Takaharu mengesahkan pampasan sebanyak RM207 juta telah dibayar pada 1990.
Harian ini tertumpu pada beberapa soalan yang telah timbul di kalangan ramai tentang pampasan tersebut.  Sekiranya kenyataan Takaharu adalah benar maka mengapa pula pampasan RM207 yang diberi itu belum diterima oleh keluarga atau pun waris-waris mangsa tragedi berkenaan meskipun selepas 22 tahun pampasan itu diberi?  Mana senarai rasmi rakyat yang maut dalam tragedi itu?   Bagaimanakah amaun RM207 bilion dianggarkan tanpa mengeluarkan nama senarai mangsa?   Siapa yang mengesyorkan jumlah itu?   Jika benar kerajaan Malaysia telah peroleh wang itu mengapa ia(kerajaan) tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk membahagikan wang itu kepada si-penerima yang berkenaan.    Kerajaan harus mengumumkan dengan segera di manakah wang pampasan itu kepada rakyat Malaysia khususnya kepada waris-waris keluarga yang maut dalam tragedi tersebut.


comment- This news is the editor's column of Malaysian Nanban daily dated 7th January.

Monday 7 January 2013

BILANGAN PELAJAR SEKOLAH TAMIL TURUN? SATU AMARAN UNTUK KEMUSNAHAN TAMIL?


Harian ini risau pada penurunan bilangan pelajar tahun 1 di 523 sekolah Tamil di seluruh negara untuk tahun 2013 berbanding tahun lalu.  Pada tahun lalu seramai 18,100 pelajar tahun 1 telah mendaftar di sekolah-sekolah Tamil manakala pada tahun ini pula 13,679 pelajar tahun 1 yang mendaftar di sekolah Tamil.  Ini menunjukkan sebanyak 4,000 pelajar telah kurang pada tahun ini. Jika keadaan diteruskan maka bilangan pelajar yang memasuki sekolah-sekolah Tamil akan berkurangan tahun demi tahun.  Dan dalam tempoh 10 tahun nanti kita terpaksa menghadapi bahaya di mana tidak lagi wujudnya sekolah-sekolah Tamil di Malaysia.  Dengan ini hilanglah pelajaran Tamil dan sekolah-sekolah Tamil yang merupakan identiti kaum India negara ini. Budaya, seni dan adat Tamil juga akan lenyap.  Bukan itu saja, suara dan sebarang permintaan masyarakat India tidak akan dilayani oleh kerajaan.

Harian ini menggesa MIC, semua parti-parti politik India dan lebih seratus badan-badan bukan kerajaan India (NGO) untuk menimbang perkara ini dengan agak serius dan mengambil tindakan sewajarnya.     Harian menggesa MIC untuk tubuh satu badan kajian yang diwakili oleh semua NGO India untuk menyiasat punca yang menyebabkan penurunan drastik ini.  Pada masa yang sama harian juga menggesa untuk mencari jalan bagi meningkatkan bilangan kemasukan pelajar di sekolah-sekolah Tamil.


KOMEN - This news is the editor's column of  Tamil daily, Malaysia Nanban dated 4 Jan 2013.  It a worrying factor and it has to be taken seriously.  Tamil schools in Malaysia is one of the identities for Tamilians in this country