Tuesday 26 February 2013

BERI PAKATAN SATU PELUANG



Seorang aktivis menggesa orang-orang India untuk mengundi Pakatan Rakyat.  Beliau berkata meskipun manifesto Pakatan Rakyat mempunyai kelemahan seperti meminggirkan masyarakat India namun beliau berkata Pakatan Rakyat harus diberi satu peluang dan satu penggal.   Beliau telah pun membaca manifesto PR dengan sepenuhnya dan mendapati ia tertumpu lapisan semua masyarakat dan tidak seperti dahulu ia tertumpu Barisan Nasional – UMNO dan kroni-kroninya.


Berita ini dilaporkan di akhbar Thina Kural bertarikah 27 Februari

HASIL DAN INSENTIF YANG DIPEROLEH SEKARANG ADALAH KEKAL


Harian ini bagi pihak masyarakat India tidak puas hati pada manifesto Pakatan Rakyat PRU-13.   Ini kerana tiada rancangan khas disebutkan dalamnya untuk pembangunan masyarakat India.    Apabila perkara berkaitan manfaat kaum India dibangkitkan pada ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar, beliau memberi jawapan bahawa semuanya termasuk dalam ‘Buku Jingga’ .  Tetapi Buku Jingga juga tidak menyebutkan rancangan khas untuk masyarakat India, kata Setiausaha Hindraf, Ramesh.   Apabila Hindraf mengemukakan pelan tindakan Hindraf lima tahun, Pakatan Rakyat tidak menyebut sepatah perkataan pun tentang isu itu tetapi ia(PR) mahu undi orang India.

Harian ini berpendapat adalah lebih baik mengekalkan kerajaan yang sedia ada yang kini sedang menyedari kesilapannya kerana gagal mengambil berat terhadap masyarakat India sejak 56 tahun.    Harian ini juga menyebutkan usaha Perdana Menteri , Datuk Seri Najib yang mengambil keprihatinan pada masyarakat India dan menawarkan beberapa rancangan khas demi pembangunan mereka.


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikah 27 Februari

KEDUDUKAN GURU-GURU SEMENTARA SEKOLAH TAMIL YANG DIPECAT?



Penasihat pertubuhan Suara India Malaysia yang juga bekas pejuang Hindraf, Ganapathirao menggesa Presiden MIC, Datuk Seri Palanivel dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr Subramaniam untuk membangkitkan di persidangan Parlimen isu kedudukan  guru-guru sementara sekolah-sekolah Tamil termasuk graduan dan bukan graduan  yang dipecat di peringkat negara.

Berita ini dilaporkan pada akhbar Malaysia Nanban pada 26 Februari

TIADA APA PUN UNTUK KAUM INDIA DI BUKU JINGGA PR



Setiausaha Hindraf,  Ramesh menjelaskan secara terperinci bagaimana Hindraf memainkan peranan begitu penting untuk mewujud tsunami politik, menafikan kemenangan dua pertiga majoriti untuk parti pemerintahan buat pertama kali dalam sejarah 50 tahun serta membawa pemerintahan parti pembangkang di empat negeri penting pada pilihan raya umum 2008.   Hakikat ini diakui oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan juga disebutkan oleh mereka dari masa ke semasa mereka berucap atau berkempen di pentas.    Namun begitu, Ramesh mempersoalkan mengapa Pakatan Rakyat enggan menerima atau menyokong pelan tindakan Hindraf menjelang PRU yang dikemukakan demi pembangunan ekonomi masyarakat India?    Jawapan yang sering diberi oleh Pakatan Rakyat ialah, ‘ ada Buku Jingga’.  Tetapi, Ramesh menyatakan tiada apa rancangan pun disebutkan untuk masyarakat India dalam Buku Jingga.


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 26 Februari

KESIAN RAKYAT SELANGOR



Harian ini mengulas tentang  masalah rakyat Selangor yang mereka terpaksa menghadapi disebabkan oleh sikap kerajaan negeri dan kerajaan pusat.     Seketika rakyat Selangor belum peroleh penyelesaian penuh daripada masalah bekalan air kini pula timbulnya isu kamera AES yang dipasangkan di Sepang.  Mahkamah Tinggi telah  memutuskan negeri Selangor tidak berkuasa untuk tanggalkan kamera AES dan keputusan tersebut bukannya dari Kerajaan Pusat.  Tetapi ekoran keputusan itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid kata akan mengkaji semula projek peluasan khidmat LRT dan rancangan pembinaan 6 lebuh raya oleh kerajaan pusat.    Harian ini menyatakan yang menjadi mangsa dan tidak dapat menikmati hasil ialah rakyat Selangor dan bukan kerajaan negeri atau pusat.


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 25 Feb

APAKAH PENDIRIAN KERAJAAN TERHADAP RENCANA RIDZUAN



Harian ini menarik perhatian pada rencana Dr Ridzuan Tee Abdullah yang menghina umat Hindu Malaysia serta cara sembahyang mereka khususnya cara sembahyang perayaan Thaipusam yang telah melahirkan perasaan mengamuk di kalangan masyarakat Hindu Malaysia.    Pelbagai pihak telah menggesa Dr Ridzuan untuk meminta maaf dan juga mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan.
Harian ini juga memperingatkan jika bantahan, tohmahan dan kontroversi terhadap Ridzuan terus meningkat pada masa mendekati pilihan raya maka keadaan ini tetap akan memberi manfaat pada satu pihak dan memberi kesan buruk pada pihak yang lain.  Justeru itu,  Kementerian Dalam Negeri didesak untuk bertindak dengan cepat.


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikah 22 Februari

KESABARAN KAUM INDIA PUN ADA HAD



Pengarang media siber The Malaysia Tmes(TMT)  yang juga penganalisis politik, Anbumani berkata rencana yang ditulis oleh Ridzuan Tee Abdullah di harian Sinar Harian akan memusnahkan perpaduan kaum di negara ini dan jika keadaan ini diteruskan ia tetap akan memusnahkan perpaduan dan persefahaman yang dilindungi selama ini.  Pandangan beliau(Ridzuan Tee) tidak matang dan menghasut masalah perkauman.  Bagaimana beliau boleh membandingkan filem Viswaroopam dan perayaan Thaipusam?   Ridzuan seolah-olah telah menghina penganut-penganut Hindu yang berhimpun di Batu Caves. (PG 1)


Berita ini dilaporkan pada akhbar Thina Kural bertarikh 20 Feb

Tuesday 12 February 2013

HENTIKAN KENYATAAN KONTOVERSI DAN MENDIAM DIRI


Harian ini menyatakan pada masa-masa yang lepas Barisan Nasional menang dengan begitu mudah saja.   Ini disebabkan kerana keyakinan padat yang rakyat ada pada BN.  Tetapi,  pendekatan Mahathir yang mula diamalkannya semasa beliau bersara dari jawatan Perdana Menteri dan yang berterusan sehingga sekarang dan keluaran kenyataan kontroversi yang dikeluarkan olehnya dari masa ke semasa sedang melahirkan kemarahan di kalangan rakyat dan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap BN.
Baru-baru ini kenyataan beliau untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan melucutkan status kewarganegaraan pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga telah terima reaksi bantahan kuat dari beberapa pihak.  Harian ini memperingatkan bahawa Datuk Ambiga tuntut untuk mengadakan sistem pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.  Beliau(Ambiga) tidak berjuang untuk diri sendiri(sebagai wanita India) bahkan untuk rakyat negara.   Harian ini turut menyatakan bahawa sasterawan negara, Samad Said turut bersama Ambiga yang berjuang untuk tuntutan yang sama.  Mengapa nama Samad Said tidak dilibatkan.  Mengapa Ambiga pula?  Hanya kerana Ambiga dari kaum India?  Tidak ini menunjukkan dasar rasis yang diamalkan oleh Tun Mahathir?
Harian ini turut mengecam peruntukan status kewarganegaraan oleh Mahathir  kepada pendatang haram di Sabah dalam projek IC.   Tetapi, Mahathir telah menuding jari pada Datuk Seri Anwar dan cuba melarikan diri dari perkara itu.  Bukan itu saja beliau mempertikaikan peruntukan kewarganegaraan kepada orang Cina dan orang India oleh Tuanku Abdul Rahman.   Ini terus menunjukkan dasar rasis Tun Mahathir.   Kenyataan kontroversi seperti ini bukan saja akan hilang kepercayaan orang India dan Cina tetapi juga orang-orang Melayu.
Adalah baik untuk Tun Mahathir untuk tutup mulut sehingga PRU-13 diadakan.


This news is the editorial column of Tamil daily, Malaysia Nanban dated 13th February