TIADA APA PUN UNTUK KAUM INDIA DI BUKU JINGGA PR
Setiausaha Hindraf, Ramesh menjelaskan secara terperinci bagaimana
Hindraf memainkan peranan begitu penting untuk mewujud tsunami politik,
menafikan kemenangan dua pertiga majoriti untuk parti pemerintahan buat pertama
kali dalam sejarah 50 tahun serta membawa pemerintahan parti pembangkang di
empat negeri penting pada pilihan raya umum 2008. Hakikat ini diakui oleh pemimpin-pemimpin Pakatan
Rakyat dan juga disebutkan oleh mereka dari masa ke semasa mereka berucap atau
berkempen di pentas. Namun begitu,
Ramesh mempersoalkan mengapa Pakatan Rakyat enggan menerima atau menyokong
pelan tindakan Hindraf menjelang PRU yang dikemukakan demi pembangunan ekonomi
masyarakat India? Jawapan yang sering
diberi oleh Pakatan Rakyat ialah, ‘ ada Buku Jingga’. Tetapi, Ramesh menyatakan tiada apa rancangan
pun disebutkan untuk masyarakat India dalam Buku Jingga.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 26 Februari
No comments:
Post a Comment