Thursday 2 August 2012

BILANGAN PELAJAR INDIA DI IPTA TURUN


Pengerusi Persatuan Pelajar India 1Malaysia, D. Mahaganabathy menggesa kerajaan mengembalikan sistem kuota untuk pengambilan pelajar di IPTA dan hapuskan sistem merit sedia ada yang didakwa menyebabkan penurunan bilangan pelajar India.  Ini bukan pandangan persendirian beliau saja malah adalah pandangan keseluruhan 600 graduan sarjana muda yang menyertai persidangan persatuan pelajar India 1Malaysia.    Menurut Mahaganabathy,  kadar pengambilan pelajar India dalam sistem kuota adalah 10% semasa diikuti manakala kadar pengambilan telah turun ke hingga 2% - 3% dalam sistem merit sejak ia diamalkan selama enam tahun ini,  khususnya dalam bidang-bidang perubatan, farmasi, pergigian, kejuruteraan dan sebagainya.
Tetapi ini tidak bermaksud pelajar-pelajar India tidak layak atau tidak mempunyai kelulusan cemerlang untuk memasuki IPTA.   Ramai pelajar India mencapai keputusan cemerlang SPTM dan SPM  tetapi mereka melahirkan sungutan mereka bahawa tidak dapat  tawaran IPTA.  Dan yang peroleh peluang di IPTA tidak dapat meneruskan pelajaran kerana tidak mampu bayar yuran.   Kini,  diharapkan jika sistem kuota  dikembalikan maka bilangan  pengambilan  pelajar India akan dinaikkan berasas pada sistem kuota.


BERITA INI DIKELUARKAN DI LIDAH PENGARANG, MALAYSIA NANBAN PADA 1 OGOS 2012