Friday 2 August 2013

BN HARUS TARIK BALIK RUU PENUKARAN AGAMA KANAK-KANAK

ADUN Sungkai peguam Sivanesan menyelar parti-parti komponen Barisan Nasional yang sebelum itu telah menutup mulut semasa undang-undang Sharia diamalkan pada peringkat negeri.  Dan kini mereka masih lagi menutup mulut dalam hal Rang undang-undang(RUU) berkaitan isu penukaran agama kanak-kanak yang akan dibentangkan dalam Parlimen maka menjejaskah hak agama masyarakat bukan Islam negara ini.



Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 3 Julai 2013

Tajuk : LINDUNGI AGAMA KANAK-KANAK KAUM MINORITI

Kerajaan harus menimbang semula perkara mengenai Rang undang-undang penukaran agama untuk melindungi agama kanak-kanak minoriti.  Sehubungan itu, ketua Pemuda MIC, T. Mohan melahirkan sungutannya terhadap Rang undang-undang yang membolehkan menjejaskan agama bukan Islam khususnya masyarakat Hindu dan boleh menimbul banyak masalah.


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 3 Julai 2013

RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN AGAMA ISLAM HARUS DIPINDA

Seksyen 107(b Rang undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 berkaitan penukaran agama kanak-kanak yang dibentangkan dalam Parlimen menjadi kontroversi hangat.  Presiden MIC, Dato Seri Palanivel menggesa untuk menimbang semula Rang undang-undang.  Beliau berkata Rang undang-undang boleh menjejaskan kanak-kanak.   Bahagian Pemuda Gerakan Kedah memberi amaran jika Rang undang-undang ini diluluskan ia akan membantah dan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.  Harian ini membawa pada perhatian kerajaan bahawa beberapa pertubuhan Hindu termasuk Malaysia Hindu Sangam, Majlis Malaysia  Saiva Samayam, Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam Kuala Lumpur akan berhimpun pada 21 bulan ini di perkarangan kuil Batu Caves untuk menimbul kesedaran menunjuk bantahan seperingkat negara terhadap penukaran agama kanak-kanak.   Harian ini mahu kerajaan untuk menyedari bahawa  yang menjadi kontroversi besar ialah memberikan hak menukar agama kanak-kanak kepada salah seorang ibu bapa yang telah memeluk Islam.  Dan kerajaan harus mengambil perhatian bahawa Majlis Peguam Negara telah mengumumkan bahawa memberikan hak menukar agama anak-anak kepada salah seorang ibu bapa adalah salah di bawah Perlembagaan.


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban yang disiarkan pada 3 Julai.

MHS AKAN BERJUANG SEHINGGA RUU DITARIK BALIK

Presiden Persatuan Malaysian Hindu Sangam(MHS), Datuk Mohan Shan menegaskan MHS akan berjuang sehingga Rang undang-undang yang kini dibentangkan dalam Parlimen, sehingga ianya ditarik balik.  Seksyen 107(b)Rang undang-undang yang dibentangkan dalam Parlimen minggu lepas memberi hak kebenaran kepada salah seorang ibu atau bapa untuk menukarkan agama anak-anak atau kanak-kanak di bawah 18 tahun ke agama Islam.



Berita ini dilaporkan di akhbar Malaysia Nanban pada 3 Julai 2013

'UNDILAH RUU TUKAR AGAMA DENGAN SUARA HATI'

Anggota Parlimen BN digesa mendengar suara hati sendiri apabila mengundi menerima atau menolak Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 berkaitan penukaran agama kanak-kanak.

Ketua Biro Undang-Undang dan Hak Asasi Gerakan negeri Baljit Singh berkata, cadangan itu secara moralnya salah dan pihaknya sangat sedih kerana ia dicadangkan tanpa rundingan dengan parti komponen BN terlebih dahulu.


Berita ini dilaporkan di akhbar Thina Kural pada 3 Julai

KENYATAAN TPM BERI KEBIMBANGAN DAN HARAPAN

Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing melihat kenyataan timbalan perdana menteri berhubung Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang membenarkan pengislaman kanak-kanak secara sebelah pihak sebagai suatu "harapan, sekali gus kebimbangan".

"Pada satu sisi, TPM berkata, kerajaan akan mendengar pandangan," kata ketua Gereja Katolik di keuskupan Melaka-Johor.

"Pada sisi yang lain, katanya, pindaan rang undang-undang berhubung penukaran agama kanak-kanak itu selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan



Laporan berita ini dilaporkan di akhbar Thina Kural bertarikh 3 Julai 2013