Monday 8 April 2013

HASIL DAN INSENTIF YANG DIPEROLEH SEKARANG ADALAH KEKAL



Harian ini bagi pihak masyarakat India tidak puas hati pada manifesto Pakatan Rakyat PRU-13.   Ini kerana tiada rancangan khas disebutkan dalamnya untuk pembangunan masyarakat India.    Apabila perkara berkaitan manfaat kaum India dibangkitkan pada ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar, beliau memberi jawapan bahawa semuanya termasuk dalam ‘Buku Jingga’ .  Tetapi Buku Jingga juga tidak menyebutkan rancangan khas untuk masyarakat India, kata Setiausaha Hindraf, Ramesh.   Apabila Hindraf mengemukakan pelan tindakan Hindraf lima tahun, Pakatan Rakyat tidak menyebut sepatah perkataan pun berkaitan isu itu tetapi ia(PR) mahu undi orang India.

Harian ini berpendapat adalah lebih baik mengekalkan kerajaan yang sedia ada yang kini sedang menyedari kesilapannya kerana gagal mengambil berat terhadap masyarakat India sejak 56 tahun.     Harian ini juga menyebutkan usaha Perdana Menteri , Datuk Seri Najib yang mengambil keprihatinan pada masyarakat India dan menawarkan beberapa rancangan khas demi pembangunan mereka.(PG 2)


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 27 Februari

MANIFESTO PILIHAN RAYA BN BERI KEYAKINAN KEPADA KAUM INDIA


Manifesto pilihan raya Barisan Nasional yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Sabtu lalu memberi harapan kepada masyarakat India.   Harian ini mengibaratkan manifesto pilihan raya BN sebagai janji-janji ‘nambeikai’ atau pun janji keyakinan.  Ini kerana Manifesto pilihan raya BN mempunyai keistimewaan untuk masyarakat India.   Keyakinan pertama ialah Perdana Menteri berjanji untuk meningkatkan ekuiti India ke 3% menjelang 2020 dan untuk ini saham-saham yang berjumlah RM500 bilion akan diagihkan.   Keyakinan kedua ialah menukarkan semua sekolah-sekolah Tamil ke sekolah bantuan penuh kerajaan.
Pada masa yang sama harian ini membangkitkan soalan sama ada cara-cara khas disediakan untuk membolehkan masyarakat India membeli saham yang diagihkan kepada mereka?   Adakah persediaan dibuat bagi orang-orang India untuk peroleh pinjaman bank, bantuan wang KWSP untuk membolehkan mereka membeli saham ini?   Ataupun adakah  kerajaan akan menyediakan bantuan lain untuk membolehkan mereka membeli saham?   Harian ini berharap kerajaan Barisan Nasional akan menyedari serta mengambi kira semua perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya untuk membolehkan kaum India mempunyai keyakinan penuh terhadap janji-janji  Barisan Nasional



Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 9 April 2013

JAZAH ‘KOSONG’ DARI CSMU? IJAZAH UNIVERSITI LAIN BERTARAF?



I
Harian ini kesal terhadap pengumuman terkejut Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai yang mengumumkan kerajaan akan tarik balik program ijazah perubatan daripada Crimea State Medical University (CSMU), Ukraine, berkuat kuasa serta merta.  Ini kerana, meskipun kerajaan pernah mengumumkan pada 2005 bahawa ijazah perubatan CSMU akan di tarikh balik namun berjanji tidak akan menjejaskan 1,119 pelajar Malaysia kebanyakan pelajar India yang sedang belajar masa itu. 
Harian ini tidak setuju dengan sebab yang diberi oleh Majlis Perubatan Malaysia(MMC) ialah selepas mengkaji program ijazah universiti tersebut ia tidak puas hati dengan program pelajaran perubatan CSMU.   Harian mempertikaikan mengapa pula hanya universiti tersebut saja dalam senarai kerajaan yang terdiri dari 375 universiti perubatan dari 34 negara tidak diiktiraf sedangkan CSMU merupakan satu universiti perubatan yang terkenal di Ukraine.   Bolehkah kerajaan dan MMC menjamin semua pelajar perubatan dari 375 universiti lain dari luar negara dan 20 universiti tempatan peroleh pelajaran terbaik?   Dan adakah pelajar  CSMU peroleh pelajaran ‘kosong’?   Harian ini berpendapat keputusan yang diambil oleh kerajaan adalah untuk sasarkan  pelajar India CSMU.



Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 1 April.

DEMOKRASI HARUS DIPERLINDUNGI



Berikutan Parlimen dibubarkan semalam maka mengikut Perlembagaan Negara, kerajaan sementara harus memerintah negara sehingga pilihan raya umum, kata Naib Presiden DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran.  Tetapi, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri termasuk mana-mana menteri tidak mempunyai kuasa secara sendiri untuk membuat keputusan berasas dasar, memberi tanah, mengagihkan peruntukan dan hadiah.  Termasuk juga Jabatan Penerangan tidak boleh peroleh  insentif-insentif kerajaan  untuk melibat dalam kempen kerajaan.    Beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan kempen pilihan raya dan pilihan raya umum dijalankan dengan lancar.(PG 9)


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 4 April.

MANA LAPORAN PRESTASI MIC?


MCA telah bentang laporan prestasi 1,000 hari  bagi membuktikan khidmat dan sumbangan MCA  dalam bidang-bidang ekonomi,  pendidikan , budaya dan politik untuk rakyat dan masyarakat Cina.  Harian ini berpendapat MCA mengeluarkan laporan prestasi dengan tujuan sasarkan DAP untuk menunjukkan bahawa DAP tidak membuat apa pun untuk masyarakat Cina atau pun untuk menunjuk MCA memberi lebih sumbangan berbanding DAP.   Harian ini berpendapat haruslah baik jika MIC juga membentang laporan prestasinya dalam tempoh lima tahunnya untuk menunjukkan sumbangan mereka terhadap masyarakat India.    Ini akan membukitkan mereka(MIC) telah menyumbang lebih daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat – DAP, PKR dan PAS.  (PG 2)


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 4 April