Wednesday 20 November 2013

ISU 2000 EKAR TANAH - JANGAN SEMBUNYI KEBENARAN

Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar berkata, beliau berharap Menteri Besar Perak akan mematuhi dasar telus dalam hal pengurusan 2000 ekar tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu pelajar miskin India dan pembangunan sekolah-sekolah Tamil. Sudah empat tahun tanah itu diperuntukkan dan Menteri Besar berkata tanah tersebut akan diserahkan pada Yayasan Pembangunan Pendidikan India Perak.  Sivakumar ingin mengetahui siapakah pengerusi yayasan itu? Siapakah ahli-ahli jawatankuasa yayasan? Adakah ahli-ahli politik menganggotai yayasan itu?



Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 16 Ogos 2013

Sunday 17 November 2013

PERBUATAN JENAYAH TIDAK AKAN DIKURANGKAN OLEH UNDANG-UNDANG

Kenyataan Menteri Dalam Negeri yang berkata, ekoran memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat maka perbuatan jenayah semakin hari semakin naik, adalah satu kenyataan tidak masuk akal.  Negara-negara jiran yang tidak mengamalkan undang-undang bebas dari perbuatan jenayah tetapi kejadian jenayah telah sampai ke tahap bahaya, kata ADUN Sungkai, Sivanesan.  Beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri dan pihak supaya tidak memberi alasan atau sebab sebaliknya melibat dalam tindakan untuk menumpaskan perbuatan jenayah di negara.


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 14 Ogos

KELEMAHAN DALAM KESELAMATAN SEMPADAN

Harian ini kesal tentang keadaan keselamatan yang agak lemah di sempadan Malaysia-Thai.  Hanya 7 daripada 27 kamera rahsia, CCTV yang dipasang untuk memantau kegiatan jenayah di sempadan itu, berfungsi manakala 20 tidak berfungsi dan tidak dibaiki.  Maklumat ini didedahkan ekoran kejadian Lans Koporal, Azamudin Azizan, 26, ditembak oleh orang-orang yang tidak dikenali pada Sabtu, lalu semasa meronda di kawasan sempadan.  Adalah disyaki perbuatan tembak ini dilakukan oleh orang-orang yang melibat dalam penyeludupan haram.    Sehubungan kejadian itu pasukan pengawal sempadan dan pasukan tentera sedang mengadakan siasatan rapi, kata Ketua Tentera, Datuk Raja Mohd Affendi Raja Mohd Noor.  Dan juga dilaporkan  20 CCTV yang tidak berfungsi itu dimusnahkan oleh kumpulan penyeludup.   Harian ini mempersoalkan mengapa pihak-pihak yang mengetahui tentang perkara itu( keadaan 20 CCTV) tidak membaikinya dengan segera atau menggantikannya dengan segera?
Sehingga ini adalah didapati walaupun kegiatan penyeludup di sempadan tidaklah besar tetapi telah meluas sehingga mengeluarkan tembakan dan ini adalah merisaukan.    Penyeludupan senjata, penyeludupan dadah dan penyeludupan manusia akan mengancamkan keselamatan dan keharmonian negara.    Pasukan tentera dan pihak polis perlu menumpu lebih perhatian dalam hal keselamatan sempadan.   Harian ini  menyatakan setiap individu yang bertugas di sempadan harus berhati-hati dalam tugas masing-masing.  Jika tidak, sebarang usaha dan tindakan yang diambil oleh kerajaan tidak akan bawa sebarang hasil


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 14 Ogos

KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK - BILA AKAN AKHIR?

Badan-badan sosial dan pemimpin-pemimpin politik di daerah Sungai Buloh melahirkan kesedihan mereka terhadap kejadian-kejadian tembak menembak yang semakin hari semakin meningkat.  Mereka mahu polis memberi jaminan kejadian ini tidak akan berulang.  Kerajaan dan pihak polis harus bertindak dengan kebijaksana untuk menangani kes-kes tembak menembak serta perbuatan jenayah yang sedang meningkat di negara dan rakyat perlu memberi kerjasama, kata mereka.


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 13 Ogos 2013

MAHU BAWA MASALAH PENUKARAN AGAMA KE HINGGA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU?

Harian ini menarik perhatian pada kenyataan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang berkata badan itu akan meraih sokongan untuk melakukan pindaan perlembagaan di lima negeri berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak. Lima negeri berkenaan yang melibatkan Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak membenarkan hanya seorang dari ibu atau bapa untuk memutuskan mengenai penukaran agama seorang anak bawah umur.  Presiden MCCBCHST Jagir Singh  memetik keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan bahawa langkah untuk tidak membenarkan kedua-dua ibu bapa membuat kpeutusan dalam isu penukaran agama itu bertentangan dengan prinsip keadilan.  Jagir yang juga seorang peguam berkata, jika satu penyelesaian tidak peroleh untuk masalah ini maka mereka akan berjuang membawa perkara itu pada perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  Harian ini  berpendapat demi mengelakkan masalah itu dibawa sampai ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu maka adalah elok bagi keima-lima kerajaan negeri menimbang dan berusaha mencari satu penyelesaian.  Dengan ini Malaysia dapat mengekalkan imej baik dan populariti di peringkat dunia.


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 13 Ogos 2013

APAKAH PUNCA PENINGKATAN BILANGAN PISTOL?

DAP ingin mengetahui bagaiamana bilangan pistol bertambah di negara dengan tiba-tiba.  DAP melemparkan soalan ekoran kes-kes tembak menembak meningkat sejak kebelakangan ini.  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata meskipun hukuman berat dikenakan pada pihak-pihak yang menyimpan pistol secara haram tetapi hukuman berat itu tidak dapat menghalangkan kumpulan-kumpulan rahsia daripada menggunakan pistol.  Beliau menggesa polis untuk menyiasat bagaimana pistol dibawa masuk ke negara dan menghapuskan 'akar umbinya'.


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban bertarikh 12 Ogos 2013.

PALANIVEL HARUS PASTIKAN BUTIR-BUTIR 2,000 EKAR TANAH

Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran mahu Presiden MIC, Datuk Seri Palanivel untuk memastikan 2,000 ekar tanah yang diagihkan oleh kerajaan negeri Perak demi pembangunan sekolah-sekolah Tamil harus diperoleh oleh badan-badan berkaitan sekolah Tamil.  Beliau mendapati bahawa baru-baru ini cukai tanah sebanyak RM60,938 dibayar untuk tanah itu?  Siapa yang membayar cukai itu?  Individu atau Yayasan Pembangunan Pendidikan India Perak?, tanya Kulasegaran.  Jika yayasan tersebut, jadi siapa yang menganggotai yayasan?  Kulasegaran berkata individu-individu tidak harus dibenarkan untuk merampas tanah itu.  Pada masa yang sama MIC juga tidak harus diberikan tanah tersebut.


Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 8 Ogos 2013

TEMPAT MINIMUM UNTUK PELAJAR-PELAJAR CINA DAN INDIA DI IPTA - LIM

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar perbuatan universiti-universiti yang tidak tawarkan kepada 39 pelajar cemerlang yang mencatat CGPA 4.0, bidang kursus yang dipohon oleh mereka.  Ini adalah penghinaan untuk maruah negara, kata beliau.

Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 7 Ogos 2013