Friday 1 June 2012

SEKOLAH MANA YANG KITA KEHENDAKI?

Harian ini kagum dengan usul yang diluluskan oleh MIC bahagian Gelang Patah.  Ini kerana mereka menolak permintaan rama termasuk MIC dan badan-badan bukan kerajaan yang selama ini mendesak kerajaan menukar sekolah-sekolah Tamil bantuan modal  menjadi sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan, kini meminda usul untuk tidak menukarkan sekolah-sekolah Tamil bantuan modal ke sekolah-sekolah bantu penuh kerajaan.  Ini kerana perwakilan MIC bahagian tersebut mendakwa sekolah-sekolah Tamil bantuan penuh tidak menerima satu sen pun dari peruntukan kerajaan RM100juta yang diperuntukkan bagi sekolah-sekolah Tamil pada tahun ini.  Manakala, sekolah-sekolah bantuan modal telah menerima bantuan itu.  Sehubungan itu, harian ini menggesa supaya jangan memperkecilkan usul yang dibawa oleh MIC bahagian itu bahkan menyeru MIC serta badan-badan sosial untuk menyiasat perkara itu untuk mendapat penjelasan.