Sunday 17 November 2013

MAHU BAWA MASALAH PENUKARAN AGAMA KE HINGGA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU?

Harian ini menarik perhatian pada kenyataan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang berkata badan itu akan meraih sokongan untuk melakukan pindaan perlembagaan di lima negeri berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak. Lima negeri berkenaan yang melibatkan Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak membenarkan hanya seorang dari ibu atau bapa untuk memutuskan mengenai penukaran agama seorang anak bawah umur.  Presiden MCCBCHST Jagir Singh  memetik keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan bahawa langkah untuk tidak membenarkan kedua-dua ibu bapa membuat kpeutusan dalam isu penukaran agama itu bertentangan dengan prinsip keadilan.  Jagir yang juga seorang peguam berkata, jika satu penyelesaian tidak peroleh untuk masalah ini maka mereka akan berjuang membawa perkara itu pada perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  Harian ini  berpendapat demi mengelakkan masalah itu dibawa sampai ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu maka adalah elok bagi keima-lima kerajaan negeri menimbang dan berusaha mencari satu penyelesaian.  Dengan ini Malaysia dapat mengekalkan imej baik dan populariti di peringkat dunia.


Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 13 Ogos 2013

No comments:

Post a Comment