Pendatang haram yang mendapat kewarganegaraan melalui 'pintu belakang' akan berdepan tindakan pembatalan dokumen dan juga akan didakwa, kata Tan Sri Abdul Gani Patail.
Peguam Negara berkata mereka yang menggunakan dokumen sokongan palsu untuk mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan Malaysia melalui sindiket yang mempunyai hubungan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan berdepan dengan tindakan undang-undang.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 5 Disember 2014
Friday, 5 December 2014
PEGAWAI-PEGAWAI YANG RASUAH LATAR BELAKANG PROJEK IC SABAH
Sindiket dan
mereka yang menerima bantuan dari pegawai yang rasuah dikenalpasti melakukankan
'Projek IC' di Sabah bagi memenuhi agenda politik dan wang, menurut Laporan
Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), yang bagaimanapun tidak menyebut
mengenai siapa yang bersalah mengubah keseimbangan demografi dan agama di
negeri itu.
Laporan RCI
mengenai pendatang tanpa izin di Sabah setebal 368 muka surat itu didedahkan
kepada umum di Kota Kinabalu semalam.
Suruhanjaya
Siasatan ini yang ditubuhkan dua tahun yang lalu, selepas dihabiskan siasatanya
ia dikemukakan kepada DYMM Yang diPertuan Agong dan selepas beberapa bulan
kemudian laporan itu disediakan.
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Thina Kural pada 4 Disember 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)