Berita ini dilaporkan di akhbar Thina Kural bertarikah 27 Februari
Tuesday, 26 February 2013
BERI PAKATAN SATU PELUANG
Berita ini dilaporkan di akhbar Thina Kural bertarikah 27 Februari
HASIL DAN INSENTIF YANG DIPEROLEH SEKARANG ADALAH KEKAL
Harian
ini bagi pihak masyarakat India tidak puas hati pada manifesto Pakatan Rakyat
PRU-13. Ini kerana tiada rancangan khas disebutkan
dalamnya untuk pembangunan masyarakat India.
Apabila perkara berkaitan
manfaat kaum India dibangkitkan pada ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar,
beliau memberi jawapan bahawa semuanya termasuk dalam ‘Buku Jingga’ . Tetapi Buku Jingga juga tidak menyebutkan
rancangan khas untuk masyarakat India, kata Setiausaha Hindraf, Ramesh. Apabila Hindraf mengemukakan pelan tindakan
Hindraf lima tahun, Pakatan Rakyat tidak menyebut sepatah perkataan pun tentang
isu itu tetapi ia(PR) mahu undi orang India.
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikah 27 Februari
KEDUDUKAN GURU-GURU SEMENTARA SEKOLAH TAMIL YANG DIPECAT?
Berita ini dilaporkan pada akhbar Malaysia Nanban pada 26 Februari
TIADA APA PUN UNTUK KAUM INDIA DI BUKU JINGGA PR
Berita ini dilaporkan dalam akhbar Malaysia Nanban pada 26 Februari
KESIAN RAKYAT SELANGOR
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikh 25 Feb
APAKAH PENDIRIAN KERAJAAN TERHADAP RENCANA RIDZUAN
Harian ini menarik
perhatian pada rencana Dr Ridzuan Tee Abdullah yang menghina umat Hindu
Malaysia serta cara sembahyang mereka khususnya cara sembahyang perayaan
Thaipusam yang telah melahirkan perasaan mengamuk di kalangan masyarakat Hindu
Malaysia. Pelbagai pihak telah menggesa
Dr Ridzuan untuk meminta maaf dan juga mendesak Kementerian Dalam Negeri
mengambil tindakan.
Harian ini juga
memperingatkan jika bantahan, tohmahan dan kontroversi terhadap Ridzuan terus
meningkat pada masa mendekati pilihan raya maka keadaan ini tetap akan memberi
manfaat pada satu pihak dan memberi kesan buruk pada pihak yang lain. Justeru itu,
Kementerian Dalam Negeri didesak untuk bertindak dengan cepat.
Berita ini adalah lidah pengarang akhbar Malaysia Nanban bertarikah 22 Februari
KESABARAN KAUM INDIA PUN ADA HAD
Pengarang media siber The Malaysia Tmes(TMT) yang juga penganalisis politik, Anbumani
berkata rencana yang ditulis oleh Ridzuan Tee Abdullah di harian Sinar Harian
akan memusnahkan perpaduan kaum di negara ini dan jika keadaan ini diteruskan
ia tetap akan memusnahkan perpaduan dan persefahaman yang dilindungi selama
ini. Pandangan beliau(Ridzuan Tee) tidak
matang dan menghasut masalah perkauman.
Bagaimana beliau boleh membandingkan filem Viswaroopam dan perayaan
Thaipusam? Ridzuan seolah-olah telah
menghina penganut-penganut Hindu yang berhimpun di Batu Caves. (PG 1)
Berita ini dilaporkan pada akhbar Thina Kural bertarikh 20 Feb
Tuesday, 12 February 2013
HENTIKAN KENYATAAN KONTOVERSI DAN MENDIAM DIRI
Harian ini menyatakan pada masa-masa yang lepas Barisan Nasional menang dengan begitu mudah saja. Ini disebabkan kerana keyakinan padat yang rakyat ada pada BN. Tetapi, pendekatan Mahathir yang mula diamalkannya semasa beliau bersara dari jawatan Perdana Menteri dan yang berterusan sehingga sekarang dan keluaran kenyataan kontroversi yang dikeluarkan olehnya dari masa ke semasa sedang melahirkan kemarahan di kalangan rakyat dan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap BN.
Baru-baru ini kenyataan beliau untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan melucutkan status kewarganegaraan pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga telah terima reaksi bantahan kuat dari beberapa pihak. Harian ini memperingatkan bahawa Datuk Ambiga tuntut untuk mengadakan sistem pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil. Beliau(Ambiga) tidak berjuang untuk diri sendiri(sebagai wanita India) bahkan untuk rakyat negara. Harian ini turut menyatakan bahawa sasterawan negara, Samad Said turut bersama Ambiga yang berjuang untuk tuntutan yang sama. Mengapa nama Samad Said tidak dilibatkan. Mengapa Ambiga pula? Hanya kerana Ambiga dari kaum India? Tidak ini menunjukkan dasar rasis yang diamalkan oleh Tun Mahathir?
Harian ini turut mengecam peruntukan status kewarganegaraan oleh Mahathir kepada pendatang haram di Sabah dalam projek IC. Tetapi, Mahathir telah menuding jari pada Datuk Seri Anwar dan cuba melarikan diri dari perkara itu. Bukan itu saja beliau mempertikaikan peruntukan kewarganegaraan kepada orang Cina dan orang India oleh Tuanku Abdul Rahman. Ini terus menunjukkan dasar rasis Tun Mahathir. Kenyataan kontroversi seperti ini bukan saja akan hilang kepercayaan orang India dan Cina tetapi juga orang-orang Melayu.
Adalah baik untuk Tun Mahathir untuk tutup mulut sehingga PRU-13 diadakan.
This news is the editorial column of Tamil daily, Malaysia Nanban dated 13th February
Subscribe to:
Posts (Atom)